NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

ISMA seru umat Islam sepakat bantah Akta Baharu Semula Bandar



KUALA LUMPUR, 19 SYAABAN — Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menggesa umat Islam di negara ini membantah Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar yang dijangka dibentangkan di Parlimen minggu depan. 

 

Ketua Wanitanya, Shazmawati Zam Hashari berkata penentangan itu ibarat satu jihad mempertahankan tanah air daripada dirampas pihak tertentu. 

 

“Apa yang kita lakukan ini adalah perkara yang dituntut oleh Allah kerana inilah tanah air kita yang kita perjuangkan supaya tidak menjadi seperti Palestin. 

 

“Jadi kerja mempertahankan tanah air, mengenal pasti hak kita dan mempertahankan hak orang Melayu satu kewajipan yang Allah akan tanya di akhirat nanti. 

 

“Kita tidak boleh membiarkan orang lain masuk ke negara kita dengan mudah melalui Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dan sebagainya,” katanya. 

 

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media bersama badan bukan kerajaan (NGO) Melayu membantah Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) di ibu negara hari ini. 

 

Katanya, Palestin wajar dijadikan cerminan bagi membantah URA agar hak dan tanah pribumi terus terpelihara. 

 

“Kita kenal pasti ini tindakan licik orang luar yang ingin menguasai negara kita. Ini perkara yang perlu kita tengok sedalam-dalamnya bersama. 

 

“Orang Melayu tanpa mengira parti mahupun NGO kena bersama mempertahankan tanah air kita ini supaya tidak tergadai. 

 

“Langkah dan usaha ini saya yakin kita akan mendapat ganjaran Allah dan ini salah satu peluang mendapat pahala syahid walau tidak berjuang di Palestin,” katanya. 

 

NGO Melayu akan menyerahkan memorandum bantahan kepada ahli parlimen esok bagi memastikan mereka tidak menyokong RUU itu di Dewan Rakyat. 

 

URA merupakan satu akta yang digubal kononnya untuk menambah baik Kanun Tanah Negara, Akta Pengambilan Tanah serta Akta Perancangan Bandar dan Wilayah. 

 

RUU yang mengandungi 19 seksyen itu akan mempunyai kuasa mengawal selia kawasan padat, tiada nilai tambah dan sarat masalah sosial. 

 

Sebanyak 139 kawasan sudah dikenal pasti dibawah URA di Kuala Lumpur yang meliputi tanah seluas 1,400 ekar. 


Sumber | TV Pertiwi






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo