NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Imam Masjid Shah Alam Meninggal Dunia

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS), Abdul Aziz Muhamad Shahar, dilaporkan telah meninggal dunia pada Selasa, 11 Februari 2025. Perkhabaran duka ini dimaklumkan melalui kenyataan di Facebook MSSAAS pada malam tersebut.

Jenazah Allahyarham dibawa ke MSSAAS selepas solat Isyak pada malam itu. Menurut kenyataan tersebut, jenazah akan dimandikan dan dikafankan pada Rabu, 12 Februari, selepas solat Subuh. Solat jenazah dijadualkan sekitar jam 8 pagi sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, untuk dikebumikan.

Ketua Penolong Mufti Wilayah Persekutuan (Bahagian Penyelidikan), Dr. Syed Shahridzan Syed Mohamed, menyifatkan Allahyarham sebagai seorang insan yang berakhlak mulia dan tawaduk. Beliau menulis di Facebook, "Seorang Ahlul Quran telah kembali ke rahmatullah. Ustaz Abdul Aziz seorang insan yang berakhlak mulia dan tawadduk. Allah SWT lebih menyayangi beliau."

Akademi Muazzin turut mengucapkan takziah atas pemergian Allahyarham yang banyak berjasa dalam bidang al-Quran. Mereka menyatakan, "Semoga Allah kurniakan al-marhum ustaz dengan syurga atas usahanya tanpa henti memartabatkan Al-Quran dan melahirkan para huffaz di dunia ini."

Allahyarham Abdul Aziz Muhamad Shahar dikenali sebagai seorang yang berdedikasi dalam memartabatkan al-Quran dan telah banyak menyumbang kepada perkembangan pendidikan Islam di Malaysia. Pemergian beliau merupakan kehilangan besar bagi komuniti Islam tempatan.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo