Setiap hari perbicaraan kes saman peribadinya ke atas Dr Kamarul, Hannah Yeoh telah hadir mengikuti perbicaraan dengan meninggalkan tugasan rasminya sebagai Menteri Belia dan Sukan.
Boleh semak di mana Hannah Yeoh berada pada tarikh-tarikh perbicaraan ini:
(1) 25 November 2024
(2) 26 November 2024
(3) 14 Januari 2025
(4) 16 Januari 2025
(5) 17 Januari 2025
(6) 3 Februari 2025
(7) 4 Februari 2025
(8) 5 Februari 2025 dan
(9) 6 Februari 2025
Walaupun beliau sendiri tidak terlibat dalam perbicaraan dan hanya saksi-saksinya atau saksi-saksi Dr Kamarul yang memberi keterangan tetapi beliau tetap fikir perbicaraan peribadinya jauh lebih penting dari urusan pentadbiran negara, termasuk perasmian penggal Parlimen oleh Yang di-Pertuan Agong pada 4 Februari 2025 yang sanggup dia tinggalkan untuk berada di mahkamah.
Sudah banyak hari orang ramai dan kakitangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta kedengaran bersuara mempersoalkan kewajaran Hannah Yeoh meninggalkan tugasan rasminya sebagai Menteri Belia dan Sukan semata-mata untuk menonton perbicaraan kes saman peribadinya.
Lebih teruk lagi, mereka berkata, bagaimana dia boleh menyalahgunakan kuasanya sebagai seorang Menteri dengan menggunakan segala aset, pegawai dan kakitangan kerajaan untuk urusan peribadinya. Mereka meluat melihat dia dengan sombongnya memarking kereta rasminya sebagai Menteri Belia dan Sukan dengan plet VKP 7900 di tempat tidak sepatutnya di Kompleks Mahkamah Jalan Duta sedangkan tiada pihak lain yang berani berbuat begitu.
Ramai sekali pegawai dan kakitangannya di Kementerian Belia dan Sukan, termasuk bodyguard-bodyguardnya, yang dikerah hadir ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta dengan tujuan untuk memberikan gambaran kepada orang ramai bahawa dia mempunyai penyokong yang ramai. Pegawai dan kakitangannya juga dikerah mencatatkan segala butiran perjalanan perbicaraan untuk dispin bagi menampakkan kes ini memihak kepadanya dan feedkan berita ini kepada portal-portal berita yang dibayar olehnya seperti Free Malaysia Today dan Malaysia Kini untuk disiarkan. Beberapa hadirin juga kedengaran berkata mereka dikerah dan diupah oleh Hannah Yeoh untuk hadir bagi menunjukkan dia ada ramai penyokong.
Di mana tata kelola PMX hingga membiarkan Hannah Yeoh melakukan salah laku tadbir urus terang-terangan begini. Mengapa SPRM tidak menyiasat salah laku Hannah Yeoh ini?
Sumber | Edisi Siasat
........
Komen: ........

............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment