![]() |
JPJ Negeri Sembilan sebelum ini menyatakan kebimbangan tentang peningkatan trend pemilik kenderaan menggunakan ‘dummy buckle’ bagi mematikan penggera pemakaian tali pinggang keledar. |
Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata, tindakan ‘memperdayakan’ sensor atau penggera tali pinggang keledar adalah berbahaya bagi pemandu.
Katanya, Kementerian Pengangkutan tiada kuasa merampas atau mengharamkan aksesori itu, walaupun wujud kebimbangan lebih ramai pemilik kenderaan menggunakan ‘dummy buckle’, bukannya memakai tali pinggang keledar.
“(Kementerian Pengangkutan sedang bincang dengan KPDN bagaimana nak halang ‘dummy buckle’ daripada dijual di pasaran … bukan kuasa kita untuk rampas, (jadi) akan bincang dengan KPDN untuk haramkan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri sebuah acara hari ini.
Last week, the Negeri Sembilan road transport department expressed concerns over a rising trend of vehicle owners using these dummy buckles.
Minggu lepas, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan menyatakan kebimbangan tentang peningkatan trend pemilik kenderaan menggunakan ‘dummy buckle’.
Kira-kira 30% daripada 195 pesalah yang ditangkap kerana tidak memakai tali pinggang keledar semasa operasi trafik Tahun Baharu Cina di Negeri Sembilan didapati menggunakan aksesori itu untuk mengelak mencetuskan penggera tali pinggang keledar.
Mengenai perkara berasingan, Loke berkata, kementerian akan menyediakan spesifikasi untuk pemasangan port USB pada bas menjelang Mei, susulan kejadian seorang remaja maut ketika mengecas telefon di dalam bas ekspres pada November lepas.
Ekoran kejadian itu, kementerian menggantung sementara penggunaan soket elektrik tiga pin dan port USB dalam bas.
“(Kita sudah) serah kepada agensi terlibat, (iaitu) Suruhanjaya Tenaga dan Sirim (Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia) untuk bangunkan standard piawaian pemasangan (soket tiga pin dan port USB dalam bas).
“Kita belum lagi tarik balik penggantungan itu … biar ada piawaian supaya mudah sektor bas ikuti,” katanya.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment