Ketua Penerangan Shaiful Hazizy Zainol Abidin, berkata kenyataan dibuat tanpa garis panduan berisiko membentuk “isu kepercayaan” di antara parti dalam kerajaan perpaduan.
Shaiful berkata, Umno Kedah kesal dengan cadangan Ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui daripada DAP, minggu lalu, yang mencadangkan jawatan menteri hal ehwal agama dipecahkan kepada Islam dan bukan Islam.
Cadangan tersebut ditolak perdana menteri semalam.
Shaiful berkata, cadangan mewujudkan menteri hal ehwal bukan Islam didakwa tidak menepati Perlembagaan serta mampu menimbulkan “krisis kepercayaan” serius antara kaum dan agama.
“Hubungan kaum dan agama di Malaysia bukanlah berada dalam keadaan kritikal sehingga diperlukan sebuah kementerian khas berfungsi menyelaras dan mengatu apa jua garis panduan di antara agama,” katanya dalam kenyataan.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment