![]() |
Ketua Penerangan Ahmad Fadhli Shaari, berkata Liu bukan orangnya yang boleh mendesak menteri agama ditukar.
“Ini kerana menteri agama tugas utamanya ialah hal ehwal agama Islam,” katanya di Facebook.
“Jangan pula selepas ini imam solat pun kamu desak suruh tukar.”
Semalam, Liu mendesak Na’im Mokhtar digantikan selepas menteri itu dikritik berhubung garis panduan yang sedang diusahakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Menurutnya, ini bukan kali pertama Na’im mencetuskan kekecohan berhubung hal agama, memetik bantahan terhadap cadangan pada September untuk mewajibkan pensijilan halal bagi semua syarikat makanan yang tidak menghidangkan daging babi atau alkohol.
Satu lagi kekecohan membabitkan Rang Undang-undang Mufti (Wilayah Persekutuan), yang telah ditentang oleh kumpulan masyarakat sivil dan Mufti Perlis Asri Zainul Abidin, katanya lagi.
“Jika tak setuju dengan polisi, nyatakan pandangan. Saya pun ada yang tidak setuju dengan menteri agama,” jawab Fadhli.
“Tetapi jika mahu ditukar, bukan kamu orangnya yang boleh mendesak menteri agama ditukar.”
Hari ini, Jemaah Menteri dalam mesyuarat membincangkan garis panduan tersebut mengingatkan setiap dasar yang dirangka perlu ambil kira aspek perpaduan nasional, serta mendapatkan kelulusan Jemaah Menteri terlebih dahulu.
Jemaah Menteri juga bersetuju Jakim boleh memberikan nasihat kepada orang Islam berkaitan keperluan menjaga akidah umat Islam berhubung perkara ini, namun nasihat tersebut tidak bersifat dasar.
Jemaah Menteri membincangkan cadangan garis panduan kontroversi itu hari ini, susulan persoalan dan teguran daripada pelbagai pihak.
Cadangan garis panduan itu antara lain menyatakan penglibatan orang Islam dalam majlis sambutan mestilah tidak disertakan dengan perbuatan boleh menyentuh sensitiviti masyarakat Islam, contohnya premis digunakan tidak mempamerkan simbol keagamaan bukan Islam.
Di samping itu, pihak penganjur perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berautoriti dan perlu mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama Islam jika jemputan melibatkan pemimpin atau orang Islam sebelum sesuatu majlis perayaan dilaksanakan.
Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan, berkata beliau mahu bertemu Na’im berhubung garis panduan tersebut, kerana ia antara lain akan memberi kesan kepada wakil rakyat beragama Islam yang diundang ke majlis di rumah ibadat bukan Islam.
Timbalan Presiden MIC, M Saravanan, turut bertanya sama ada orang bukan Islam perlu mendapatkan kelulusan daripada Jakim sebelum mengundang tetamu Islam, dan sama ada kebenaran diperlukan bagi orang Islam untuk memberi penghormatan terakhir kepada rakan bukan Islam yang meninggal dunia.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment