NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

BN Johor digasak untuk bahagi kuasa pertadbiran dengan parti lain dalam PH




PETALING JAYA
Seorang pemimpin Pemuda PKR ingatkan semua pemimpin parti komponen kerajaan perpaduan untuk membuang sikap ‘abang besar’ kerana ia mengundang perpecahan.

Setiausaha Omar Mokhtar A Manap menyeru semua pihak ambil pengajaran daripada keputusan PRU15, yang menyaksikan tiada parti memperoleh kemenangan mutlak untuk membentuk kerajaan.

“Semua pihak dalam komponen kerajaan perpaduan perlu lebih cermat dan membuang sikap ego besar diri dan tindakan yang bersikap ‘abang besar’, sebab keputusan PRU lepas satu pengajaran cukup bermakna untuk diteladani,” katanya kepada FMT.

Katanya, sepenuh tumpuan patut ditumpukan pada isu rakyat dan berganding bahu mencari penyelesaiannya.

Beliau turut mengingatkan bahawa mengamalkan politik pemusatan kuasa, gagal menguruskan perselisihan secara baik, dan serang-menyerang sesama sendiri boleh menimbulkan rasa muak rakyat, ‘dan memberi keuntungan kepada pembangkang yang dilihat semakin ketandusan idea’.

“Sebarang perselisihan sepatutnya diurus dengan baik, dan perlu segera kembali ke meja rundingan. Kembali ke meja runding bukan hanya sewaktu nak pilihan raya semata-mata. Patut mula sekarang berunding secara rasmi. Mungkin sebulan sekali,” katanya.

Komen itu menyusuli cabaran Ketua Umno Sri Gading, Lassim Burhan, yang Pakatan Harapan bertanding di semua 56 DUN pada PRN Johor akan datang.

Cabaran itu menjawab kenyataan Naib Ketua Pemuda PKR Johor, Muhammad Faezuddin Mohd Puad, rundingan pembahagian kerusi antara PH dan Barisan Nasional bagi pilihan raya tersebut perlu mempraktikkan prinsip menang-menang.

Faezuddin juga menyeru kerajaan diketuai Onn Hafiz Ghazi membuktikan keikhlasan bekerjasama, dengan mengundang pemimpin PH menyertai pentadbiran negeri di pelbagai peringkat, termasuk jawatan ketua kampung.

Lassim berkata, pemimpin PKR dan Amanah Johor sering membangkitkan isu pembahagian kerusi mencerminkan sikap gelojoh dan mementingkan diri, sedangkan Umno Johor belum pun membincangkan perkara itu.

“Tindakan mencabar parti dalam kerajaan perpaduan bertembung sesama sendiri dalam PRN atau PRU itu satu tindakan tidak sihat dan merugikan,” kata Omar.

Pada 27 Sept 2023, Onn Hafiz dilapor Utusan Malaysia sebagai berkata tiada keperluan menubuhkan kerajaan perpaduan di Johor, kerana kerajaan semasa ditubuhkan sebelum PRU15.

Pada 9 Feb lalu, Ketua Pemuda Umno Johor Noor Azleen Ambros memberitahu FMT bahawa BN mempunyai peluang lebih baik untuk memenangi kerusi ‘tier 2’ pada PRU akan datang jika berganding dengan PH.

Kerusi itu merujuk kawasan di mana BN berada di kedudukan kedua pada PRU 2022.

“Kita raikan sikap terbuka Pemuda Umno Johor membuka ruang kerjasama terutamanya kerusi ‘tier 2’ yang dimaksudkan,” kata Omar.

Menjelaskan hasrat PH di sebalik seruan Faezuddin, Omar menyeru ia dilihat dalam konteks untuk menyumbang kepada kemajuan Johor.

“Ia tidak wajar dilihat sebagai ancaman terhadap kuasa yang sedang dimiliki BN,” katanya.



Sumber | FMT Malaysia 










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo