PUTRAJAYA, 29 SYAABAN — Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan rayuan mereka.
Tiga hakim yang diketuai Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim membenarkan rayuan tertuduh selepas didapati bersalah membunuh Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Tiga hakim itu kemudiannya mengembalikan hukuman penjara 18 tahun yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi berkuatkuasa dari tarikh mereka ditangkap.
Mahkamah Tinggi pada November 2021 menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap suspek selepas didapati bersalah di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan.
Mahkamah Rayuan pada Julai 2024 kemudiannya menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap keenam-enam tertuduh selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.
Panel hakim hari ini yang bersidang bersama Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil berpendapat hukuman yang diputuskan sebelum ini tidak dapat dipertahankan.
Enam bekas penuntut UPNM itu yang kini sudah berusia 29 tahun didapati bersalah membunuh Zulfarhan pada 22 Mei 2017 sekitar 4.45 pagi.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment