![]() |
Mohd Ekhwan Toriman letak jawatan sebagai naib canselor UKM pada 3 Februari lepas (Gambar UKM) |
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, telah menitahkan penarikan balik Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang membawa gelaran Datuk daripada bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Mohd Ekhwan Toriman, berkuat kuasa serta-merta.
Pendaftar Darjah, Datuk Mohd Zafir Ibrahim, dalam kenyataan pada Rabu, menyatakan bahawa keputusan ini diambil untuk menjaga kebesaran dan kehormatan Institusi Diraja di Negeri Sembilan.
Prof. Dr. Mohd Ekhwan Toriman dianugerahkan DBNS pada 14 Januari 2019.
Pada 4 Februari lalu, beliau mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Naib Canselor UKM. Beliau juga telah membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berhubung dakwaan fitnah serta tohmahan yang dilontarkan kepadanya. Ia dipercayai berkaitan dengan dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa yang mengaitkan namanya.
Sebelum itu, pada 14 Januari 2025, semasa Hari Keputeraan DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, tiada seorang pun ahli pengurusan tertinggi UKM dijemput ke Istana Seri Menanti untuk menghadiri upacara penganugerahan darjah kebesaran oleh Tuanku Canselor. Ini merupakan kali pertama dalam sejarah UKM keadaan sedemikian berlaku, yang menimbulkan spekulasi mengenai hubungan antara pihak pengurusan universiti dan Istana Negeri Sembilan.
Perkembangan ini menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai hubungan antara pihak pengurusan tertinggi UKM dan Istana Negeri Sembilan. Namun, sehingga kini, tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak UKM atau Istana Negeri Sembilan mengenai perkara tersebut.
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |

No comments
Post a Comment