NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Vape jauh lebih berbahaya dari rokok – Pakar Perunding Perubatan Kecemasan



  • Vape atau rokok elektronik yang kononnya dianggap sebagai alternatif lebih selamat berbanding rokok sebenarnya jauh lebih berbahaya daripada rokok, kata Pakar Perunding Perubatan Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr Alzamani Mohammad Idrose.
  • Selain bahaya kesihatan lebih besar, vape juga kini digunakan sebagai alat untuk penyalahgunaan dadah, sekali gus menyaksikan dadah ketika ini lebih mudah untuk dijual di mana teknik secara halus digunakan untuk mendapatkan pelanggan, iaitu memasukkan dadah dalam cecair vape supaya dapat menghasilkan ketagihan dan hasil akhirnya adalah pelanggan seumur hidup.
  • “Penghisap vape mempunyai risiko mengalami radang paru-paru yang lebih teruk berbanding rokok. Pengguna vape menghadapi risiko lebih tinggi untuk menghidap penyakit paru-paru seperti bronkitis kronik, emfisema, dan bahkan penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD) berbanding mereka yang hanya merokok,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad lalu.

KUALA LUMPUR — Vape atau rokok elektronik yang kononnya dianggap sebagai alternatif lebih selamat berbanding rokok sebenarnya jauh lebih berbahaya daripada rokok, kata Pakar Perunding Perubatan Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr Alzamani Mohammad Idrose.

Dr Alzamani berkata selain bahaya kesihatan lebih besar, vape juga kini digunakan sebagai alat untuk penyalahgunaan dadah, sekali gus menyaksikan dadah ketika ini lebih mudah untuk dijual di mana teknik secara halus digunakan untuk mendapatkan pelanggan, iaitu memasukkan dadah dalam cecair vape supaya dapat menghasilkan ketagihan dan hasil akhirnya adalah pelanggan seumur hidup.

Menjelaskan antara bahaya vape, beliau berkata cecair vape (e-liquid) mengandungi pelbagai bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan, termasuk bahan berbahaya seperti formaldehid, acetaldehid dan akrolein.

Ia merupakan bahan karsinogenik (penyebab kanser) dan boleh merosakkan saluran pernafasan serta sistem kardiovaskular, di mana bahan-bahan itu lebih banyak dilepaskan pada suhu tinggi semasa mengambil vape maka kesannya lebih berbanding rokok.

“Vape, seperti rokok, mengandungi nikotin yang diketahui mempunyai kesan ketagihan dan buruk pada kesihatan jantung serta sistem saraf. Nikotin dalam vape lebih merbahaya kerana ia diserap dengan lebih cepat dan pada kadar yang lebih tinggi.

“Ia menyebabkan kerosakan vaskular (saluran darah) serta gangguan dalam proses metabolisme tubuh. Penggunaan nikotin dalam vape mengganggu mekanisme pembaikan DNA dalam sel, yang dapat meningkatkan risiko kanser dalam jangka panjang.

“Penghisap vape mempunyai risiko mengalami radang paru-paru yang lebih teruk berbanding rokok. Pengguna vape menghadapi risiko lebih tinggi untuk menghidap penyakit paru-paru seperti bronkitis kronik, emfisema, dan bahkan penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD) berbanding mereka yang hanya merokok,” katanya menerusi hantaran di Facebookpada Ahad lalu.

Dr Alzamani berkata penggunaan vape juga meningkatkan tekanan darah dan merosakkan saluran darah yang sekali gus meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.

Beliau berkata bahan kimia yang terkandung dalam e-rokok seperti propilen glikol dan gliserol diketahui menyebabkan kerosakan pada saluran darah dan meningkatkan kerosakan dalam sistem kardiovaskular badan.

Selain itu, vape dijadikan sebagai alat untuk mengambil dadah di mana cecair digunakan untuk vape boleh dicampur dengan dadah.

Antara jenis-jenis dadah yang disalahgunakan melalui peranti vape adalah Cannabis (ganja) dan THC (Tetrahydrocannabinol) yang menjadi salah satu bahan yang paling biasa disedut; Ganja Cannabinoid Sintetik iaitu dalam beberapa kes, pengguna beralih kepada cannabinoid sintetik, yang dikenali sebagai “spice” atau “K2”.

“Bahan ini sering disembur pada bahan tanaman atau dilarutkan ke dalam bentuk cecair. Cannabinoid sintetik sangat berbahaya kerana kesan yang tidak dapat diramalkan dan sering kali lebih kuat daripada cannabis semula jadi.

“Terdapat laporan individu yang menggunakan peranti vape untuk menyedut kokain. Proses ini melibatkan melarutkan dadah serbuk ke dalam pelarut dan disedut dengan peranti vape.

“Penyalahgunaan opioid merupakan satu lagi trend yang membimbangkan dalam penyalahgunaan vape. Fentanil, sejenis opioid sintetik yang sangat kuat. Memandangkan potensi fentanil yang amat tinggi, jumlah yang sangat kecil boleh membawa maut, dan pengambilan melalui peranti vape menyebabkan dos yang diambil menjadi toksik,” kata Dr Alzamani.

Mengulas lanjut, beliau berkata penggunaan vape akan mewujudkan krisis kesihatan apabila ia dijual dengan terbuka dan tanpa ada sebarang sekatan maka dengan mudah, pengguna akan mendapat penyakit dan lebih teruk, apabila pengedar dadah mengambil kesempatan untuk menggunakan industri vape sebagai jalan mendapatkan pelanggan tetap untuk dadah.

“Semua ini akan merosakkan masyarakat dalam jangkamasa panjang. Masyarakat harus berhati-hati dan mengelakkan penggunaan vape untuk diri sendiri dan keluarga,” katanya. — The Merdeka Times










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo