NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Umno Sabah ada autonomi pilih kerjasama PRN, kata pemimpin




PETALING JAYA
Umno Sabah menegaskan parti itu mempunyai autonomi untuk menentukan kerjasama dengan mana-mana parti pada PRN tahun ini.

Ketua Penerangan Suhaimi Nasir berkata pimpinan di peringkat pusat tidak pernah mengarah atau mencampuri hal ehwal terutamanya dalam memilih rakan gabungan.


Menurutnya, Majlis Kerja Tertinggi hanya menasihati Umno Sabah supaya mewujudkan kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) demi kestabilan politik kerana kedua-dua menjadi asas utama pembentukan kerajaan pusat.

“Ini kerana Umno mengambil iktibar sejarah penggal yang lalu apabila tiga perdana menteri dan tiga kerajaan bertukar dalam satu penggal merugikan rakyat serta negara.

“Nasihat itu juga kerana Umno sebagai sebuah parti nasional dan perlu mencapai keseimbangan supaya tidak mewujudkan konflik antara di Sabah serta pusat.

“Namun akhirnya keputusan dan punca kuasa terserah kepada Umno Sabah,” katanya dalam kenyataan sambil menegaskan autonomi itu membuktikan Umno menghormati hak dan suara rakyat negeri itu.

Beliau mengulas laporan media yang mendakwa Umno Sabah mengikuti arahan daripada Ibu Pejabat parti dalam menentukan kerjasama pada PRN yang akan diadakan pada tahun ini.



Sumber | FMT Malaysia







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo