NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Titah adendum, PRN Sabah agenda mesyuarat Umno




KUALA LUMPUR
Agenda perbincangan pemimpin Umno malam ini dijangka tertumpu kepada titah adendum dipertikai berkait bekas presidennya, Najib Razak, menjalani baki pemenjaraan bawah tahanan rumah.

Antara agenda lain dipercayai tentang PRN Sabah akan datang, yang mana perlu diadakan pada 6 Dis. PRN berkenaan dilihat menjadi medan ujian hubungan antara parti dalam kerajaan perpaduan.


Sumber Umno yang enggan dinamakan, berkata namun tidak pasti aspek apa titah adendum itu akan dibincangkan.

Mesyuarat Umno diadakan selepas Najib memperoleh kebenaran semakan kehakiman bagi memaksa kerajaan meletakkanya bawah tahanan rumah seperti didakwa dalam titah adendum, sebagai tambahan kepada keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, pada Februari lalu.

Peguam Najib mengemukakan surat dari Istana Pahang kepada Mahkamah Tinggi bagi mengesahkan kewujudan titah tersebut.

Namun, pegawai kerajaan menyatakan pihak lembaga tidak menerima sebarang arahan bagi tahanan rumah daripada Istana Negara.

Sebelum ini, Presiden Umno Zahid Hamidi memohon Yang di-Pertuan Agong mengurniakan pengampunan penuh terhadap sabitan Najib dalam kes SRC International.

Pada Februari, lembaga pengampunan mengumumkan pengurangan hukuman bekas perdana menteri itu kepada enam tahun penjara berbanding 12 tahun, dengan denda dikurangkan kepada RM50 juta daripada RM250 juta.



Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo