BANGI, Rabu – Kabinet tidak pernah mengarahkan Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan permohonan untuk mahkamah mengeluarkan perintah larangan (gag order) bersuara bagi menghalang mana-mana pihak membincangkan isu berkaitan Titah Adendum yang mula disebut di Mahkamah Tinggi, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, perkara itu juga tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.
“Tidak dibincangkan. Kabinet tidak mengarahkan Jabatan Peguam Negara,” katanya pada sidang media hari ini.
Terdahulu, Fahmi ditanya sama ada Kabinet bersetuju berhubung dengan tindakan AGC memfailkan perintah larangan bersuara berkaitan Titah Adendum.
Pada Isnin lalu, Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan dilaporkan akan memfailkan permohonan untuk mahkamah mengeluarkan perintah larangan bersuara.
Menurutnya, alasan permohonan itu adalah untuk melindungi institusi Diraja kerana perkara itu menyentuh isu sensitif iaitu raja, agama dan kaum (3R).
Titah Adendum tersebut sebelum ini dilaporkan diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah selepas didapati bersalah menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment