- Pakar Perlembagaan menegaskan adalah amat tidak masuk akal sekiranya ada pihak menyatakan persekutuan Malaysia yang awalnya dulu dikenali sebagai Tanah Melayu menganuti sekularisme ataupun bercirikan negara sekular.
- Profesor Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata ini kerana persekutuan (Malaysia) adalah terdiri daripada negeri-negeri yang menganuti agama Islam, ketuanya juga beragama Islam dan pada masa sama menjadi ketua agama Islam.
- “Jadi berusaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara sekular ini bukan sekadar menjadi ancaman kepada keharmonian, pentadbiran dan kesejahteraan hidup rakyat tetapi ia mencabar pada ciri-ciri negara Malaysia ini, persekutuan Malaysia ini dan juga akan mengancam negeri-negeri yang mempunyai akidah islamiah itu,” katanya kepada The Merdeka Times hari ini.
KUALA LUMPUR — Pakar Perlembagaan menegaskan adalah amat tidak masuk akal sekiranya ada pihak menyatakan persekutuan Malaysia yang awalnya dulu dikenali sebagai Tanah Melayu menganuti sekularisme ataupun bercirikan negara sekular.
Profesor Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata ini kerana persekutuan (Malaysia) adalah terdiri daripada negeri-negeri yang menganuti agama Islam, ketuanya juga beragama Islam dan pada masa sama menjadi ketua agama Islam.
“Jadi berusaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara sekular ini bukan sekadar menjadi ancaman kepada keharmonian, pentadbiran dan kesejahteraan hidup rakyat tetapi ia mencabar pada ciri-ciri negara Malaysia ini, persekutuan Malaysia ini dan juga akan mengancam negeri-negeri yang mempunyai akidah islamiah itu.
“…Saya fikir prinsip ini secara sejagatnya telah diterima bahawa ancaman kepada agama majoriti, agama yang dianuti oleh majoriti ahlinya (rakyat sesuatu negara) juga akan mengancam keharmonian dan kesejahteraan negara.
“Mana-mana pihak yang memperjuangkan sekular untuk menjadikan Malaysia sebuah negara sekular ini akan dengan sendirinya mewujudkan satu rasa gelisah, kegelisahan dalam kalangan umat majoritinya.
“Dan pastinya dia akan menjadi satu kekeliruan kepada pentadbiran negara yang mana adakah umat yang menganut agama Islam itu bersedia untuk menerima nilai-nilai sekularisme dalam negara,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Malaysia boleh berjaya sekiranya menjadi sebuah negara sekular daripada sudut keharmonian, pentadbiran kerajaan, kesejahteraan hidup rakyat.
Ini susulan Gabungan NGO Belia Islam Malaysia pada Disember lalu dilaporkan menolak sekeras-kerasnya semua gerakan sekularisme di Malaysia dan sekutu-sekutu mereka, terutama Sisters In Islam (SIS) dan parti DAP (DAP ketika ini menjadi sebahagian daripada Kerajaan), yang dikatakan secara konsisten ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular.
Berita Harian pada 2 September 2023 melaporkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke sebagai berkata, DAP tidak perlu menggugurkan agenda Negara Sekular dan slogan ‘Malaysian Malaysia’ kerana persefahaman sudah dicapai di antara parti dalam gabungan sebelum terbentuknya Kerajaan Perpaduan.
Anthony Loke berkata sebelum Kerajaan Perpaduan dibentuk, semua parti membuat perjanjian dan bersetuju tidak akan menyentuh prinsip serta perlembagaan parti masing-masing.
Shamrahayu berkata apabila ada yang mengatakan Malaysia merupakan sebuah negara sekular, ia sekali gus menolak agama-agama lain seperti Kristian, Hindu, Buddha dan sebagainya ekoran sekularisme membawa maksud kepada pengiktirafan ke atas ciri negara yang tidak mengendahkan kedudukan agama.
“(Ia akan menyebabkan) kegelisahan dalam kalangan umat Islam yang akan menjadi keliru dari segi polisi atau dasar kerajaan dan juga nilai agama mereka atau keimanan mereka dan pada masa sama ia juga akan menjadikan satu kegelisahan juga dalam kalangan mereka yang menganut mana-mana agama (lain) kerana sifat sekular ini ialah menolak segala ajaran agama.
“Jadi pada saya mereka yang cuba menggesa dan memperjuangkan bahawa negara Malaysia ini negara sekular atas alasan-alasan yang mereka ada akan mendatangkan lebih keburukan kepada negara kita bukan sekadar kepada rakyatnya tetapi juga kepada identiti sebenar negara pada peringkat antarabangsa, terutamanya apabila kita diiktiraf dunia sebagai sebuah negara Islam,” kata Shamrahayu. — The Merdeka Times
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment