NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘There is something very wrong dengan penjelasan YB King Sing’ – Lukman Sheriff



  • Itu antara kritikan peguam, Lukman Sheriff Alias selepas King Sing selaku Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengeluarkan kenyataan berkenaan kontroversi video montaj promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026) yang dikecam pelbagai pihak selepas ia dilihat tidak mempamerkan sebarang elemen seni bina masjid sedangkan rumah ibadat agama lain ada dipaparkan dalam video berdurasi 41 saat berkenaan.
  • Lukman berkata yang pertamanya adalah apabila iklan (video promosi TMM 2026) yang disiarkan mengecualikan identiti Muslim dan ia disifatkan sebagai satu tindakan tidak betul sekiranya ia sengaja dilakukan sedemikian, namun jika sebaliknya pula iklan itu jelas tidak mengiktiraf Islam adalah “primary identity” negara.
  • “Kedua bila terperangkap, YB bukan nak mengaku tak betul tetapi menuduh pula orang yang menyoal ini sebagai extremis. Sebenarnya pendekatan beliaulah yang ekstrem,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
  • Penjelasan King Sing itu turut mengundang kritikan Presiden WAFIQ, Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar yang menegaskan bahawa sekalipun video itu dibuat pendek mahupun ringkas ia tidak sepatutnya mengabaikan elemen utama (identiti Islam).
  • “MOTAC perlu distruktur semula. Kegagalan besar di pihak menteri. Tiong King Sing wajar dipecat!,” katanya di Facebook yang turut memuat naik tangkap layar artikel bertajuk, ‘Tourism minister says mosques shown in longer, more detailed video”.

KUALA LUMPUR — “There is something very wrongdengan penjelasan YB (Datuk Seri Tiong King Sing) ni.”

Itu antara kritikan peguam, Lukman Sheriff Alias selepas King Sing selaku Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengeluarkan kenyataan berkenaan kontroversi video montaj promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026) yang dikecampelbagai pihak selepas ia dilihat tidak mempamerkan sebarang elemen seni bina masjid sedangkan rumah ibadat agama lain ada dipaparkan dalam video berdurasi 41 saat berkenaan.

Lukman berkata yang pertamanya adalah apabila iklan (video promosi TMM 2026) yang disiarkan mengecualikan identiti Muslim dan ia disifatkan sebagai satu tindakan tidak betul sekiranya ia sengaja dilakukan sedemikian, namun jika sebaliknya pula iklan itu jelas tidak mengiktiraf Islam adalah “primary identity” negara.

Beliau berkata tidak sepatutnya kita merasa malu akan kenyataan bahawa “identiti utama” negara ini adalah Islam, sebaliknya kita perlu menunjukkan kita mengamalkan Islam secara terbuka dan toleran.

Katanya, pelancong yang datang ke Malaysia juga tahu bahawa kita “muslim majority country” dan terpesona dengan cara kita dapat hidup dengan aman dan harmoni justeru beliau mempersoalkan di mana salahnya sekiranya kita menggalakkan pelancong melawat Masjid Negara, Masjid Ubudiyyah, Masjid Putra dan sebagainya.

“Kedua bila terperangkap, YB bukan nak mengaku tak betul tetapi menuduh pula orang yang menyoal ini sebagai extremis. Sebenarnya pendekatan beliaulah yang ekstrem.

“Menyoal content iklan ini adalah satu yang valid dan legitimate dan tidak ekstrem, sebaliknya pendekatan sikit-sikit mengkategorikan Muslim sebagai ekstremis adalah pendekatan islamofobik yang tidak patut diamalkan di Malaysia.

“Ketiga, menyatakan identiti masjid akan dimasukkan dalam video panjang adalah laughable. Hujah ini tidak konsisten, menimbulkan lagi banyak soalan dan nampak cuba tutup lubang. Kalau boleh masuk video panjang kenapa tak boleh masuk video pendek?

“Dan kalau sesiapa mahukan identiti Islam/ masjid adalah extremis kenapa pula bila dia memasukkannya ke dalam video panjang tidak ekstrem? Dah tak betul ni. There is something very wrong dengan penjelasan YB ni,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Penjelasan King Sing itu turut mengundang kritikan Presiden Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar yang menegaskan bahawa sekalipun video itu dibuat pendek mahupun ringkas ia tidak sepatutnya mengabaikan elemen utama (identiti Islam).

“Kawalan kerosakan yang tidak masuk akal🤦. Ringkas dan padat tidak bererti mengabaikan elemen UTAMA.

“MOTAC perlu distruktur semula. Kegagalan besar di pihak menteri. Tiong King Sing wajar dipecat!,” katanya di Facebook yang turut memuat naik tangkap layar artikel bertajuk, ‘Tourism minister says mosques shown in longer, more detailed video”.

Terbaharu, King Sing dilaporkan berkata video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dibuat semula dengan lebih terperinci bagi mempromosi setiap negeri sebaiknya, dan dijangka dapat disiarkan dalam tempoh seminggu.

Beliau berkata pihak kementerian dan agensi yang berkaitan telah diminta menghasilkan video-video promosi, dan membahagikan promosi negeri berkenaan mengikut zon, memandangkan beliau tidak berpuas hati dengan hasil akhir video yang ditunjukkan kepadanya hari ini.

Semalam, Malaysiakini melaporkan King Sing berkata ketiadaan masjid dalam montaj video pelancaran kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 kerana ia dibuat pendek dan ringkas bagi tujuan majlis pelancaran.

King Sing menjelaskan masjid akan disertakan dalam video promosi yang lebih panjang dan terperinci, yang akan dikeluarkan kemudian.

“Saya amat kesal dengan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dalam memanipulasi isu ini sebagai sentimen agama dan perkauman, serta menjadikan isu ini sebagai bahan perpecahan.

“Sikap golongan ekstremis seperti inilah yang sebenarnya mencabar keharmonian sosial kita, bukan usaha promosi yang dilakukan oleh Kementerian,” kata King Sing dipetik Malaysiakini.— The Merdeka Times









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo