- Tentera Israel pada Isnin mengaku anggotanya menggunakan ambulans untuk menyusup ke kem pelarian Balata di Nablus di wilayah Tebing Barat yang diduduki pada Disember lalu.
- Quds News Network (QNN) melaporkan serbuan itu membawa kepada pembunuhan dua rakyat Palestin, termasuk seorang wanita warga emas.
- The Times of Israel (TOI) memetik tentera Israel berkata siasatan akan meneliti penggunaan kenderaan yang dilihat dalam video dan dakwaan kemudaratan kepada (orang awam) yang tidak terlibat semasa pertempuran antara pihaknya dan pejuang Palestin.
- Rakaman pengawasan merakamkan detik pada 19 Disember lalu apabila pasukan khas Israel menyusup masuk ke kem pelarian Balata, menggunakan ambulans sebagai perlindungan.
- Pada Januari 2024, pasukan khas Israel berpakaian awam dan doktor menyusup masuk ke Hospital Ibn Sina di Tebing Barat di Jenin dengan senjata serangan dan membunuh tiga rakyat Palestin.
Tentera Israel pada Isnin mengaku anggotanya menggunakan ambulans untuk menyusup ke kem pelarian Balata di Nablus di wilayah Tebing Barat yang diduduki pada Disember lalu.
Quds News Network (QNN) melaporkan serbuan itu membawa kepada pembunuhan dua rakyat Palestin, termasuk seorang wanita warga emas.
The Times of Israel (TOI) memetik tentera Israel berkata siasatan akan meneliti penggunaan kenderaan yang dilihat dalam video dan dakwaan kemudaratan kepada (orang awam) yang tidak terlibat semasa pertempuran antara pihaknya dan pejuang Palestin.
Rakaman pengawasan merakamkan detik pada 19 Disember lalu apabila pasukan khas Israel menyusup masuk ke kem pelarian Balata, menggunakan ambulans sebagai perlindungan.
Serbuan itu mengakibatkan dua rakyat Palestin terbunuh, termasuk seorang wanita berusia 80 tahun dan seorang lelaki berusia 25 tahun.
Profesor Hubungan Antarabangsa di Universiti Edinburgh di Scotland, Nicola Perugini berkata tindakan Israel itu dibuat ketika tenteranya menuduh Hamas menggunakan kemudahan perubatan untuk tujuan ketenteraan di Gaza.
“Tentera Israel bersembunyi di dalam ambulans untuk menjalankan operasi di kem pelarian Balata, Nablus. Tentera yang sama yang memusnahkan hospital Gaza berdasarkan tuduhan palsu bahawa mereka adalah rangkaian pusat perintah tentera,” kata Perugini dalam catatannya di X.
Ini bukanlah kali pertama pasukan khas rejim Israel menyusup ke bandar atau kem Tebing Barat sambil menyamar dengan menggunakan kenderaan awam atau ambulans.
Pada Januari 2024, pasukan khas Israel berpakaian awam dan doktor menyusup masuk ke Hospital Ibn Sina di Tebing Barat di Jenin dengan senjata serangan dan membunuh tiga rakyat Palestin. – The Merdeka Times
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment