NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tambang bas naik, bukan dalam bidang kuasa MOT




BANGI, 10 Rejab — Menteri Pengangkutan menegaskan kementeriannya tidak mempunyai kuasa mengawal kenaikan tambang bas sekolah yang mungkin berlaku bulan depan. 

 

Anthony Loke berkata sebarang kenaikan tambang bas sekolah adalah hasil rundingan di antara pihak pengusaha dan ibu bapa, lapor BERNAMA.  

 

“Tambang bas itu bukan di bawah kita, kita tidak ada kawalan. Tambang bas itu sudah tidak lagi dikawal. 

 

“Ia antara pihak ibu bapa dengan pengusaha,” katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Kuala Lumpur hari ini. 

 

Beliau diminta mengulas mengenai cadangan pengusaha bas sekolah yang mahu menaikkan tambang di antara RM5 hingga RM10 berkuatkuasa bulan depan. 

 

Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia sebelum ini memaklumkan sebarang kenaikan tambang akan dibincangkan bersama ibu bapa.    

 

Presidennya, Mohd Rofik Mohd Yusof berkata ibu bapa tidak dipaksa untuk menerima kadar tambang baharu yang dibuat berdasarkan peningkatan kos semasa.

 

Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia pula menyifatkan kenaikan itu selaras peningkatan gaji minimum dan harga alat ganti yang semakin meningkat.



Sumber | TV Pertiwi








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo