BANGI, Khamis – Malaysia ibarat memberi subsidi kepada Singapura sejak negara ini henti berunding untuk menaikan harga air mentah yang dijual kepada negara jiran itu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, ekoran daripada penjualan air mentah dari negara ini, Singapura menjana keuntungan lebih RM3.3 bilion setahun.
“Tan Sri Hadi Awang mencadangkan bahawa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan berhubung pemisahan Singapura. Peristiwa itu berlaku sudah lama dahulu. Kebanyakan mereka yang terlibat sudah meninggal.
“Apa yang lebih relevan ialah penerusan jualan air mentah pada harga 3 sen bagi setiap 1,000 gelen kepada Singapura.
“Daripada jualan ini, Singapura menjana keuntungan RM3,312,375,000 setahun.
“Sejak Malaysia henti berunding untuk menaikkan harga air mentah, kita secara berkesan memberi subsidi kepada Singapura dengan jumlah yang dinyatakan itu setiap tahun,” katanya dalam ciapan di X hari ini.
Pada 2 Disember 2024, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah menyatakan bahawa semakan kadar air mentah yang dijual kepada Singapura berdasarkan Perjanjian Air 1962 tidak perlu dirundingkan buat masa ini.
Beliau berkata, keputusan itu adalah berdasarkan perbincangan antara kementeriannya bersama Menteri Besar Johor pada Oktober 2023.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment