NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Simpan bodoh itu’, ‘ham’ daging babi, Dr Akmal selar Kor Ming




BANGI, 15 Rejab — Ketua Pemuda UMNO menggesa Nga Kor Ming tidak menonjolkan kebodohannya apabila memberi tafsiran salah terhadap ‘ham’. 

 

Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata ‘ham’ bermaksud daging yang menggunakan sumber babi dan ia tidak sama dengan ‘beef ham’ atau ‘chicken ham’. 

 

“Bila ada menteri beritahu ham bermaksud proses untuk membuat makanan, maka saya sertakan sekali di sini apakah maksud ham daripada Kamus Oxford. 

 

“Ham bermaksud daging yang datangnya dari babi. Jika daging itu datangnya dari sumber selain dari babi, ia mesti disertakan sumbernya di depan dahulu.

 

“Ham bukan bermaksud proses untuk buat makanan ya. Kalau tidak faham tanya pegawai atau boleh buka kamus. Tolong simpan sedikit kebodohan kamu itu,” katanya.

 

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas penjelasan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan tentang ‘ham’.

 

Kor Ming berkata ‘ham’ merupakan proses untuk membuat makanan sama seperti ‘Turkey ham’ dan ‘chicken ham’ yang biasa digunakan. 

 

Katanya, sama juga seperti ‘root-beer’ yang dibuat dari tumbuhan, tidak beralkohol dan boleh diminum.

 

“Menjadikannya satu isu jelas menunjukkan kebodohan sebenar,” katanya menerusi ciapan di aplikasi X. 

 

Dr Muhamad Akmal berkata ‘ham’ sememangnya daging babi dan ia tidak seperti pengelasan kepada daging lembu dan ayam.

 

Jika daging itu dari sumber selain dari babi, ia mesti disertakan sumbernya di depan dahulu seperti daging lembu, maka ia disebut ‘beef ham’, jika daging ayam ia disebut ’chicken ham’.

 

“Jika ada beranggapan sama saja ‘ham’, maka jawapannya tidak kerana ia seperti contoh nama Nga Kor Chong dan Nga Kor Meng walaupun nama di depan sama tetapi orangnya berbeza.

 

“Sebab itu dalam SOP Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), mana-mana makanan yang namanya seperti makanan tidak halal seperti ham, tidak boleh diberikan sijil halal,” katanya. 



Sumber | TV Pertiwi








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo