Setiakawan PAS paling hebat, tidak ternilai
Tidak sedikit persahabatan PAS dalam politik sepanjang hampir tiga suku abad sejak ia ditubuhkan. PAS dipelawa oleh Tun Razak kerana mahukan perpaduan setelah peristiwa hitam 13 Mei 1969. Kemudian hal dalaman PAS telah cuba dicampuri oleh Umno bagi perlantikan MB Kelantan yang akhirnya PAS berpecah sebahagiannya. Mageran diisytiharkan di Kelantan dan akibat pengkhianatan itu, PAS kalah semua kerusi di seluruh negara, Dun dan Parlimen.
PAS bangkit semula secara perlahan-lahan tetapi pasti diawal tahun 80-an. Kemudiannya telah bergabung dengan CCC. Perpecahan Umno membawa sedikit kekuatan kepada PAS setelah Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan Semangat 46. Angkatan Perpaduan Ummah (APU) diberi nama gabungan baharu mereka. PAS tolong S46 yang tidak cukup jentera.
APU berjaya merampas Kelantan, sapu bersih dan menambah kerusi di Terengganu. Semangat 46 kemudiannya membuat hal. Lalu kembalilah mereka kepada Umno. Tidak hanya kembali, betapa mereka memfitnah pula PAS sebagai penyebab perpecahan itu. Tidak tahu di mana jahatnya PAS, tetapi apa yang mereka tuduh berlaku penyelewengan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan, sehingga kini, tidak pernah dibuktikan.
Agree to disagree
Barisan Alternatif (BA) dicipta oleh PAS, PKR, DAP dan juga PSRM atas dasar “agree to disagree”. Namun, apabila PAS menang di Terengganu dan mahu melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah serta berkebetulan dekat dengan peristiwa 11 September di New York, DAP kemudiannya keluar BA selepas mereka bermesyuarat dengan majoriti menyokong menjauhkan diri dari PAS.
Adakah PAS jahat? Mana persefahaman “agree to disagree”? Bantu PKR? Jangan cakaplah, jentera, markas, wang, calonpun ada PAS sediakan Tetapi hutang deposit calon mereka masih menjadi tanda tanya.
Sekali lagi PAS berjaya mengenepikan sentimen negatif setelah banyak kali difitnah dan dikecewakan oleh parti politik yang mementingkan diri, lalu lahirlah Pakatan Rakyat (PR). Dalam satu ketika, kerjasama PR dalam mentadbir cukup tinggi di Kedah dan Selangor, sehinggalah DAP berbuat onar lagi seperti isu tanah di Perak dan diskriminasi di Pulau Pinang.
Langkah Kajang mengejangkan
Selepas itu muncullah isu yang menghancurkan PR oleh PKR yang jahat serta tamak haloba dengan Langkah Kajang yang jelas memfitnah allahyarham Tan Sri Khalid Ibrahim. PAS bersama TSKI Ketika itu dituduh dengan bermacam-macam tohmahan, akan tetapi kerana yakin TSKI tidak bersalah, PAS tetap menyokong TSKI.
Si tamak yang mahu menjadi MB itu, langsung tidak mengenang jasa PAS dan ahli PAS yang banyak berkorban tenaga, harta dan masa semata-mata untuk perjuangan dia yang kononnya mahu mengubah kezaliman dizaman Reformasi. Tidak puas dengan itu, keluar dari penjara, dituduh pula PAS dengan fitnah RM90 juta diterima daripada Umno.
Apabila Lim Guan Eng yang terpalit dengan rasuah itu dituduh, Presiden PAS sebagai orang yang beriman, tidak langsung mahu mencampuri urusan perbicaraan itu. Tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah, itu sikap orang beriman walau samada terhadap kafir yang korup atau yang lebih jahat dari komunis, jika ada atau sama macam Is-rael sekalipun, PAS tidak akan mendahului keputusan.
Najib-Presiden PAS sedondon
DS Najib cuba berbaik dengan PAS, tanpa risau, TS Presiden PAS memakai baju melayu sedondon dengan DS Najib, jalan beriringan ke majlis. PAS tidak mempertahankan DS Najib ketika berbuat salah, sebagaimana semasa bersama Umno, kes Zahid, PAS tak masuk campur. Tetapi apa yang dia tidak kata kepada PAS selepas dia berpeluk dengan DAP dan PKR?
Tetapi sebagai orang beriman, menuduh atau mencerca seseorang, mesti berpada-pada. PAS melihat keterlampauan dalam penghinaan, maka PAS tidak mahu turut menghina dan mengadakan perjumpaan dengan DS Najib. Najib menganggap sikap PAS yang tidak melampau itu lambang kepada sifat yang Allah seru untuk dilaksanakan.
Sekarang bukan kerana mahu membebaskan DS Najib dari hukuman, tetapi sebagaimana yang dijelaskan, PAS menerima keputusan mahkamah, tetapi hanya mahukan DS Najib mendapat apa yang sepatutnya beliau dapat dalam perintah adendum oleh YDPA. Tapi penyokong PH faham? PAS menyokong orang salah. Tidak cerdik tahap kronik.
Kalau dahulu ada satu sosok bagaikan orang gila yang mengamuk kononnya kerajaan zalim dan jahat, maka sekarang ini kita boleh lihat kejahatan dan kezaliman siapakah yang lebih besar.
Setiakawan PAS, atas nama Islam, tidak ternilai. Apa yang mendorong PAS melakukan semua ini, boleh berbaik dengan musuh? Tidak lain kerana ayat 61 surah al-Anfal. Allah yang menyuruh jika musuh cenderung untuk berdamai, maka cenderunglah kepadanya dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya dialah yang maha mendengar lagi maha mengetahui.
Inilah yang selalu dibaca dn diamalkan oleh Presiden PAS. Dalam parti lain, tak akan ada yang mahu menggunakan bersungguh-sungguh ayat al-Quran seperti ini. Al-Quran inilah yang tidak ternilai yang ada dalam PAS.
9 Januari 2025
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment