NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Selepas Ratusan Laporan Polis Terhadap Kor Ming dan Hannah Yeoh, Hadi Awang Jadi Sasaran DAPSY

Woo Kah Leong, Ketua DAPSY Malaysia

KUALA LUMPUR, 3 Januari 2025 – DAPSY (DAP Socialist Youth) menegaskan komitmennya untuk mempertahankan kepelbagaian dan seruan untuk mengelakkan perpecahan dalam masyarakat. Setiausaha DAPSY Kebangsaan, Sdr Louis Lim, telah mewakili seluruh anggota DAPSY Kebangsaan dengan membuat laporan polis terhadap kenyataan Presiden PAS, Hadi Awang, yang mengeluarkan tohmahan tidak berasas terhadap DAP.

Kenyataan Hadi Awang yang menuduh DAP menggalakkan fahaman komunis serta menuduh DAP mencabar Islam telah dikecam hebat oleh DAPSY. Menurut DAPSY, tuduhan tersebut tidak mempunyai asas yang sah dan hanya bertujuan untuk mengalihkan perhatian masyarakat daripada kenyataan sebenar, di mana wakil rakyat PAS baru-baru ini kalah dalam kes saman fitnah.

Ketua DAPSY Malaysia, Sdr Woo Kah Leong, menyatakan bahawa tindakan PAS yang menimbulkan ketegangan di kalangan masyarakat berbilang kaum adalah tidak wajar dan merosakkan usaha untuk mengukuhkan integrasi serta perpaduan kaum di negara ini. DAPSY juga menegaskan bahawa pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang cuba merosakkan keharmonian negara dengan retorik perkauman dan keagamaan.

Sehubungan dengan itu, DAPSY menyeru masyarakat Malaysia untuk menolak perpecahan, mengutamakan perpaduan dan menjaga keharmonian antara kaum, serta terus mempertahankan nilai kepelbagaian yang merupakan kekuatan utama negara.


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo