BANGI, Isnin – Syarikat rangkaian kedai serbaneka KK Mart tampil menjelaskan bahawa sandwic ‘ham dan cheese’ yang dijual di KK Concept Store seperti yang terdapat di salah satu cawangannya di Universiti Malaya (UM), ialah ‘Chicken Ham’ iaitu kepingan daging ayam.
Dalam kenyataan hari ini, KK Mart berkata, produk sandwic itu dikilangkan dan diusahakan oleh syarikat Shake And Bake Cafe Sdn Bhd dan ia dipasarkan kepada pelanggan melalui beberapa platform perniagaan termasuk KK Concept Store milik KK Supermart & Superstore Sdn Bhd.
Menurut KK Mart, pihak Shake and Bake Cafe telah mengemukakan sijil Halal bagi kepingan ayam dan kepingan kejut berkenaan dan penulisan perkataan yang tertera itu adalah daripada pihak syarikat terbabit.
“Selain daripada itu, bagi membendung perkara ini, dua premis di UM juga telah ditutup untuk siasatan lanjut.
“Pihak KK Super Mart telah membuat satu laporan polis pada 11 Januari lepas berkenaan perkara berkenaan.
“Pihak KK Mart juga telah mengarahkan peguam David Gurupatham & Koay – peguambela dan peguamcara – untuk menghantar surat tuntutan (LOD) bertarikh 10 Januari kepada Shake And Bake Cafe berhubung perkara terbabit,” katanya.
Kenyataan itu turut menyebut hanya 16 KK Concept Store yang menerima kemasukan produk itu dan pihaknya telah membekukan urusan perniagaan bersama Shake And Bake Cafe serta menghentikan segala pemprosesan produk itu daripada kemasukan ke mana-mana cawangan dalam tempoh siasatan berjalan.
Ujarnya lagi, pihak KK Mart sedia untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
“Pihak KK Mart juga memandang serius dengan perkara ini dan sentiasa memberi kerjasama dengan pihak berkuasa dalam membantu siasatan.
“Pihak syarikat juga sentiasa memandang serius dan mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan kejadian seperti ini daripada berulang pada masa hadapan,” tambahnya.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment