NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

"Saman Fitnah RM150 Juta: Dr Mahathir vs Anwar, Perbicaraan Ogos Depan!"


SHAH ALAM: Saman fitnah RM150 juta yang difailkan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan dibicarakan pada Ogos 2025.

Peguam Dr Mahathir, Muhammad Rafique Rashid Ali, menyatakan perbicaraan selama enam hari dijadualkan pada 13 dan 14 Ogos, serta 18 hingga 21 Ogos, manakala 25 Februari ditetapkan untuk pengurusan kes pra-perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Zaharah Hussain.

Dr Mahathir memfailkan saman pada Mei 2023, mendakwa Anwar mencemarkan reputasinya dengan menuduhnya bersikap perkauman dan memperkayakan diri serta keluarga semasa menjawat jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun.

Kenyataan itu didakwa dibuat Anwar pada Kongres Khas PKR di Shah Alam, Mac 2023. Walaupun tidak menyebut nama, Anwar merujuk kepada "seseorang yang memegang kuasa selama 22 tahun dan tambahan 22 bulan" serta mengambil kesempatan memperkayakan diri.

Dr Mahathir menegaskan beliau tidak pernah dituduh atau disabitkan kesalahan berkaitan penyalahgunaan kuasa dan mendakwa tuduhan Anwar tidak berasas. Beliau menuntut ganti rugi RM150 juta, permohonan maaf bertulis, dan sidang media khas daripada Anwar. -1Media.my


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo