NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

RM39,000 untuk setiap institusi pendidikan Islam, RM320,000 bagi setiap SMPC, adilkah? – GPS




BANGI, Rabu – Gerakan Pengundi Sedar (GPS) menggesa supaya kerajaan bersikap adil dalam pengagihan peruntukan kewangan untuk menyelenggara prasarana pendidikan Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

 

Menurut GPS, peruntukan RM150 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 bagi tujuan tersebut sangat rendah memandangkan terdapat 3,844 institusi pendidikan Islam di negara ini.

 

“PMX umumkan RM150 juta peruntukan untuk selenggara prasarana pendidikan Islam JAKIM seperti sekolah pondok, sekolah tahfiz, dan sekolah agama rakyat.

 

“Semuanya berjumlah 3,844 institusi. Kalau kita bahagikan RM150 juta itu kepada 3,844 institusi, satu cuma dapat RM39,021.85.

 

“RM39,000 yang institusi pendidikan Islam dapat ketimbang RM320,000 sekolah persendirian dapat. Ada nampak beza tak?” Soalnya dalam hantaran di Facebook hari ini. 

 

Dalam hantaran itu juga, GPS turut berkongsikan jumlah institusi pendidikan Islam yang mana terdapat 1,8427 Sekolah Agama Rendah, Sekolah Tahfiz (1,245), Sekolah Agama Rendah Agama (340), Pondok Madrasah (282) dan sebanyak 130 Sekolah Rendah Agama Rakyat.

 

Pada masa sama, GPS turut membandingkan dengan serahan bantuan kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) termasuk SM Jit Sin di Bukit Mertajam di Pulau Pinang yang mana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menjadi guru sandaran.

 

“Tahun ini PMX serah sendiri bantuan kerajaan untuk SMPC di SM Jit Sin, Bukit Mertajam. Sekolah yang PMX pernah jadi guru sandara suatu masa dulu.

 

“Dan sekolah SM Jit Sin ini dapat paling banyak RM1 juta. SMPC lain dapat RM320,000,” katanya dalam hantaran berasingan. 


Sumber | TV Pertiwi








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo