NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Polis selesai rakam keterangan KJ




PETALING JAYA
Khairy Jamaluddin selesai memberi keterangan kepada polis petang tadi bagi membantu siasatan berkait komen beliau berhubung dakwaan ‘berkomplot’ menyembunyikan titah adendum tahanan rumah bekas perdana menteri Najib Razak.

Proses rakam keterangan berkenaan bermula jam 5.15 petang di pejabat Khairy di Damansara sebelum bekas menteri kesihatan dilihat keluar dari bangunan itu kira-kira jam 6 petang, lapor Berita Harian.

“Saya memberikan keterangan kepada pihak polis berkaitan laporan-laporan polis yang telah dibuat terhadap saya.

“Itu sahajalah… saya nak mengesahkan bahawa saya selesai memberi keterangan. Terima kasih kepada pihak polis dan terima kasih kepada pihak media,” katanya yang dipetik sebagai berkata.

Terdahulu, Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata kertas siasatan dibuka selepas polis menerima dua laporan terhadap bekas pemimpin Umno itu Jumaat lalu.

Katanya, Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman akan merekodkan kenyataan Khairy petang ini, di pejabat bekas menteri itu di Jalan Setia Bakti, Bukit Damansara.

Razarudin berkata, siasatan dijalankan bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penyalahgunaan kemudahan rangkaian.

Jumaat lalu, seorang pembantu Azalina Othman Said membuat laporan polis terhadap bekas menteri kesihatan itu kerana mengeluarkan komen beliau ‘berkomplot’ menyembunyikan titah adendum.

Dilaporkan, Khairy menerusi audio siar ‘Keluar Sekejap’ pada Jumaat, mendakwa menteri undang-undang dan reformasi institusi itu bersubahat menyembunyikan dokumen tambahan membenarkan Najib menghabiskan hukuman pemenjaraan bawah tahanan rumah.


Sumber | FMT Malaysia 










........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo