NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN gagal himpun penyokong untuk Solidariti Najib




BANGI, 7 Jan — Datuk Mohd Puad Zarkashi mendakwa Perikatan Nasional (PN) gagal menghimpunkan ramai penyokong ketika berhimpun di Istana Kehakiman Isnin lalu.

 

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berkata penyokong PAS sedar pemimpin mereka berpura-pura menyatakan sokongan kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

 

“Kenapa tidak ramai penyokong PAS dan BERSATU berhimpun depan Istana Kehakiman? Kononnya 10,000 orang.

 

“Tetapi ikut laporan media 900 orang sahaja. Itu termasuk ahli UMNO yang memang setia ke mahkamah setiap kali Najib ada perbicaraan.

 

“Sebabnya ahli PAS tahu pemimpin mereka main wayang. Dalam PAS tidak ada agenda membela Najib. Bahkan PAS sering guna isu Najib untuk memburukkan UMNO,” katanya.

 

Beliau berkata demikian mengulas sindiran pihak tertentu yang mempersoalkan keengganan pemimpin utama UMNO hadir ke Istana Kehakiman Isnin lalu.

 

Beberapa pemimpin utama PN dilihat hadir ke Istana Kehakiman di Putrajaya untuk mendengar keputusan mahkamah terhadap rayuan Najib.

 

Panel tiga hakim yang mendengar rayuan Najib membenarkan semakan keabsahan titah adendum dikembalikan ke Mahkamah Tinggi.

 

Puad berkata menyedari sikap pemimpin PAS yang menggunakan isu Najib untuk kepentingan politik, penyokong PN tidak hadir ke Istana Kehakiman.

 

“Justeru mereka tidak datang bukan kerana menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong. Kali ini mereka tidak akur ikut arahan pemimpin PAS kerana berpura-pura sokong Najib.

 

“Ahli UMNO pula patuh arahan parti. Mereka tahu pemimpin UMNO komited membela Najib.

 

“Risikonya tinggi. Tetapi mereka tidak berpura-pura. Akhirnya mahkamah putuskan ia wujud,” katanya.


Sumber | TV Pertiwi







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo