Katanya, parti itu masih mendesak akauntabiliti dalam skandal yang digambarkan sebagai kes kleptokrasi terbesar di dunia setakat ini.
Pengasas bersama Bersatu yang juga bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin sendiri adalah antara pengkritik paling lantang 1MDB, dan beliau juga menggesa perbicaraan yang ‘adil dan saksama’ kepada mereka yang terbabit dengan skandal itu.
Wan Fayhsal berkata kehadiran pemimpin PN di perhimpunan di Istana Kehakiman adalah kerana isu titah diraja yang didakwa membenarkan bekas perdana menteri itu menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah adalah perkara kepentingan awam.
“Ia dibahaskan di Parlimen. Tambahan pula, kerajaan telah berdolak-dalik hampir setahun mengenai kewujudannya.
“Kehadiran kami didorong oleh keprihatinan lebih luas terhadap kepentingan awam dan kedaulatan undang-undang,” kata Ahli Parlimen Machang itu kepada FMT.
Wan Fayhsal berkata himpunan oleh pemimpin pembangkang itu tiada kaitan dengan Najib sebagai ahli politik Umno, tetapi lebih kepada nasibnya dan usaha menuntut kerajaan bertanggungjawab atas ‘ketidakjujuran’ dalam menguruskan isu tersebut.
Beliau menegaskan pendirian PN berkisar pada prinsip keadilan dan menjunjung institusi diraja.
“Seseorang berhak mendapat pengampunan, seperti mana yang pernah diberikan kepada Anwar Ibrahim pada 2018, mengikut undang-undang negara ini,” katanya, merujuk kepada pengampunan diraja yang diterima perdana menteri itu.
“Itulah yang diperjuangkan PN. Kami di sini untuk melindungi institusi diraja.”
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, Timbalan Presiden Bersatu Hamzah Zainudin, dan Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar adalah antara pemimpin PN yang hadir memberi sokongan terhadap usaha Najib untuk memperjuangkan titah diraja yang didakwa membenarkan beliau menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.
Najib kini menjalani hukuman enam tahun penjara dalam kes SRC International di Penjara Kajang.
Semalam, Najib memenangi rayuannya dan kes semakan kehakimannya akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang baharu, selepas Hakim Amarjeet Singh sebelum ini memutuskan bahawa Najib gagal menunjukkan beliau mempunyai kes yang munasabah untuk didengar.
Najib juga dibenarkan mengemukakan bukti baharu apabila merit kes itu didengar di Mahkamah Tinggi kelak.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment