NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perbaiki SOP, jangan sekadar salahkan pihak pembekal




BANGI, Rabu – Seorang wakil rakyat PKR mengingatkan KK Mart supaya tidak sekadar menuding jari kepada syarikat pembekal berhubung insiden penjualan sandwic ham dan cheese yang memaparkan sijil halal tidak sah.

 

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung berkata, syarikat itu harus menyemak semula mekanisme pembelian dalaman syarikat termasuk menetapkan prosedur operasi standard (SOP) pembelian dan mengumumkan keputusan itu kepada orang ramai.

 

Katanya, sekadar mendakwa pembekal adalah tidak memadai.

 

“Insiden KK Mart menjual sandwic ham yang mana sijil halalnya sudah lupus adalah satu insiden yang mendukacitakan.

 

“Lebih-lebih lagi perkara ini berlaku kurang setahun selepas insiden ‘stokin’ berlaku,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

 

Wakil rakyat PKR itu berkata, sebagai sebuah kedai rantaian terkemuka, KK Mart seharusnya mengambil pengajaran dan memperketatkan kawalan dalaman syarikat itu untuk menjaga sensitiviti pelanggar terdiri daripada pelbagai latar belakang.

 

Ujarnya, Malaysia selalu berusaha memperkembangkan industri halal yang dikagumi sedunia dan pengiktirafan tersebut main diterima pakai oleh pengusaha dan pelabur antarabangsa/

 

“Sumbangan industri halal kepada KDNK Malaysia disasarkan sebanyak 8.1% bersamaan RM137.6 bilion pada 2025 dan meningkat kepada 10.8% bersamaan RM260 bilion pada 2030.

 

“Pada 2022, saiz pasaran asas industri Halal global ialah US$2.2 trilion, manakala saiz pasaran potensi industri Halal global ialah US$9.3 trilion.

 

“Tindakan cuai segelintir pengusaha tempatan berkemungkinan bakal menjejaskan imeh Malaysia sebagai peneraju industri halal yang telah mengekalkan kedudukan di tangga pertama untuk tahun ke-10 dalam kedudukan State of the Global Islamic Economy (SGIE),” ujarnya.

 

Tambah beliau, KK Mart sebagai usahawan Malaysia harus menunjukkan teladan sebuah syarikat prihatin yang mempunyai tanggungjawab sosial.


Sumber | TV Pertiwi






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo