KUALA LUMPUR, 13 Januari 2025 – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melahirkan kebimbangan terhadap peningkatan gejala "Men who have sex with men" (MSM) dalam kalangan generasi muda, khususnya pelajar sekolah dan mahasiswa di institusi pengajian tinggi (IPT).
Naib Ketua DPPM, Ustaz Muhammad Hanif Jamaluddin, dalam satu kenyataan media, menyatakan bahawa gejala ini mencerminkan cabaran besar kepada masyarakat, terutamanya dari aspek pengukuhan nilai agama dan moral dalam kalangan generasi muda. Beliau menekankan betapa pentingnya peranan semua pihak untuk menangani isu ini secara menyeluruh.
Menurut unjuran Asian Epidemic Modelling (AEM), golongan MSM dijangka menjadi penyumbang utama kepada penularan HIV di Malaysia menjelang tahun 2030, menggantikan penggunaan dadah suntikan (PWID). Data daripada Global AIDS Monitoring 2024 turut menunjukkan bahawa 44% penghidap HIV adalah dalam kalangan individu berusia 20 hingga 29 tahun, sementara 31% lagi adalah mereka yang berusia 30 hingga 39 tahun.
Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2023 menunjukkan bahawa 90% penghidap HIV di Malaysia terdiri daripada golongan lelaki, dengan 68% daripada jangkitan baharu berpunca daripada hubungan homoseksual atau biseksual.
Selain itu, laporan pada tahun 2022 mendedahkan bahawa 95% jangkitan HIV berpunca daripada aktiviti seksual berisiko, termasuk hubungan homoseksual antara lelaki.
"Statistik ini amat membimbangkan dan memerlukan tindakan segera. Gejala MSM bukan sahaja menjejaskan kesihatan fizikal tetapi turut mengancam nilai agama dan moral generasi muda. Kami menggesa pihak kerajaan untuk mengambil langkah tegas bagi membendung isu ini," ujar Ustaz Muhammad Hanif.
DPPM menyeru agar usaha kolektif dari pelbagai pihak digembleng bagi melindungi generasi muda daripada pengaruh negatif yang boleh merosakkan agama, moral, dan masa depan mereka. - 1Media.my
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment