BANGI, 15 Rejab — PAS mempersoalkan sikap DAP yang ikut campur urusan Perikatan Nasional (PN) dalam menentukan calon Perdana Menteri pada masa hadapan.
Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata DAP seharusnya bertanya mengapa pengerusinya partinya, Lim Guan Eng tidak dilantik menjadi menteri.
“Saya juga ingin bertanya kenapa pemimpin hebat DAP iaitu Ahli Parlimen Bagan yang juga Pengerusi DAP tiada dalam Kabinet? Beliau tidak layakkah?
“Atau Pengerusi DAP itu jawatan yang kecil di sisi DAP? Alang-alang tepi kain kita dijaga orang, apa salahnya kita pun bertanya hal tepi kain orang lain,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini mengulas persoalan Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng.
Lip Eng mempersoalkan mengapa Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak disebut sebagai calon Perdana Menteri PN jika berjaya merampas Putrajaya.
Katanya, Ahli Parlimen BERSATU Wan Ahmad Fayhsal Wah Ahmad Kamal sekadar menamakan dua pemimpin PAS iaitu Timbalan Presiden Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Seorang lagi pimpinan PAS ialah Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar selain dua lagi calon dari Parti BERSATU.
Ahmad Fadhli berkata apa yang disebut Wan Fayhsal adalah bukan pendirian PN dan sekadar pandangan peribadi ketika ditanya petugas media.
“Isu calon bagi menggantikan Perdana Menteri yang disebut oleh Ahli Parlimen Machang itu hanyalah satu cadangan.
“Soal tidak disebut Presiden PAS bukan satu isu besar memandangkan beliau dari BERSATU. Apabila beliau menamakan beberapa orang dari PAS itu pun sudah satu penghormatan.
“Saya yakin tiada parti-parti dalam komponen Pakatan Harapan (PH) boleh menamakan pimpinan DAP sebagai calon Perdana Menteri setakat ini,” katanya.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment