BANGI, 7 Rejab — Permohonan Presiden UMNO agar Datuk Seri Najib Razak diberikan pengampunan penuh merendahkan imej dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong ke-16, kata Hassan Karim.
Ahli Parlimen PKR itu berkata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seharusnya menunggu keputusan Mahkamah Tinggi berhubung keabsahan titah adendum.
“Sikap Presiden UMNO yang mengharapkan pembebasan penuh Najib di bawah Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim sesuatu yang belum pasti.
“Tetapi jika itu yang akan UMNO lakukan, ia akan merendahkan imej dan kedudukan Agong lalu yang banyak jasanya kepada rakyat dan negara ini.
“Ia termasuklah dalam usaha baginda menolong membentuk kerajaan campuran sekarang akibat Parlimen tergantung selepas Pilihan Raya Umum ke-15,” katanya kepada TV Pertiwi.
Beliau diminta mengulas kenyataan Zahid semalam yang memohon ihsan Agong agar memberikan pengampunan penuh kepada Najib.
Katanya, permohonan Zahid itu tidak sopan dan menyalah guna proses mahkamah yang akan memutuskan keabsahan titah adendum.
“Satu penyalahgunaan proses mahkamah dan satu yang tidak sopan sebelum satu semakan kehakiman mengenai titah adendum Agong ke-16.
“Tiba-tiba digugurkan atau ditarik balik kerana ada permohonan pengampunan baru kepada Agong ke-17. UMNO wajar menghormati nama baik Agong ke-16.
“Baginda disebut di Mahkamah Rayuan, di mana secara rasmi baginda terheret sama dalam kancah perundangan,” katanya.
Sehubungan itu, Hassan menggesa Zahid menghormati perbicaraan Mahkamah Tinggi kelak yang akan memastikan keabsahan titah adendum.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment