NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Minit mesyuarat Lembaga Pengampunan sulit, Dr Zaliha jawab Setpol SPM




BANGI, 9 Rejab — Menteri Wilayah Persekutuan menegaskan kerajaan tidak akan mendedahkan butiran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan kepada umum. 

 

Dr Zaliha Mustafa berkata laporan berkenaan adalah dokumen sulit dan merupakan hak eksklusif Lembaga Pengampunan, lapor Malaysia Gazette. 

 

“Minit mesyuarat adalah perkara sulit. Jadi kita tidak boleh buat perkara itu ‘open’. Itu hanya hak Lembaga Pengampunan,” katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Kiosk Sentuhan Madani di Putrajaya hari ini.

 

Dr Zaliha diminta mengulas gesaan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri yang mahu minit mesyuarat Lembaga Pengampunan didedahkan kepada umum. 

 

Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin berkata dengan pendedahan itu ia mampu menghentikan spekulasi rakyat berhubung kewujudan titah adendum.

 

Desakan pendedahan titah adendum semakin giat disuarakan selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membenarkan permohonan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. 

 

Dr Zalha merupakan panel Lembaga Pengampunan yang turut diwakili Peguam Negara ketika itu Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh. 

 

Ahmad Terrirudin yang kini merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan bagaimanapun enggan mengulas mengenai kewujudan titah adendum semalam.



Sumber | TV Pertiwi







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo