- Satu kajian dijalankan di Malaysia mengaitkan usaha “mengubah” individu lesbian, gay, biseksual, transgender dan lain-lain (LGBT+) memberi kesan kepada kesihatan mental bagi mereka yang dipaksa mematuhi norma sosial.
- Kerajaan digesa mengharamkan usaha berkenaan selepas mendapati individu yang mengalami percubaan sedemikian lebih berkemungkinan mengalami kemurungan, mencederakan diri, terfikir untuk membunuh diri atau cuba membunuh diri sendiri.
- “Pendirian yang diambil oleh kerajaan adalah penting, kerana ia boleh mewujudkan kesan berantai, membentuk persepsi badan awam dan agama terhadap hak asasi manusia golongan minoriti seksual dan jantina,” kata kajian itu dipetik Malaysiakini menerusi satu kertas kerja yang diterbitkan dalam jurnal yang dikaji rakan sebaya, Culture, Health & Sexuality pada bulan lalu.
- Penyelidik terbabit dari Universiti Waikato di New Zealand, Universiti Hong Kong, Universiti Sunway, Universiti Malaya, perunding data Mencakna dan NGO Justice for Sisters.
- Difahamkan, Justice for Sisters adalah sebuah kumpulan hak asasi manusia yang berusaha untuk perlindungan, promosi dan pemenuhan hak asasi manusia yang bermakna bagi individu lesbian, gay, biseksual, transgender, interseks, queer (LGBTIQ+) dan berbeza jantina di Malaysia.
KUALA LUMPUR — Satu kajian dijalankan di Malaysia mengaitkan usaha “mengubah” individu lesbian, gay, biseksual, transgender dan lain-lain (LGBT+) memberi kesan kepada kesihatan mental bagi mereka yang dipaksa mematuhi norma sosial.
Kerajaan digesa mengharamkan usaha berkenaan selepas mendapati individu yang mengalami percubaan sedemikian lebih berkemungkinan mengalami kemurungan, mencederakan diri, terfikir untuk membunuh diri atau cuba membunuh diri sendiri.
“Penggubalan dasar yang memberi kesan kepada kesihatan dan kesejahteraan di Malaysia haruslah berasaskan bukti empirikal, termasuk pengakuan bahawa usaha perubahan memberi kesan negatif kepada kesihatan seksual dan jantina golongan minoriti, yang mendedahkan mereka kepada risiko kematian yang tinggi.
“Oleh itu, kami menyeru kerajaan melarang semua bentuk usaha perubahan dan menghentikan pembiayaan mana-mana kumpulan atau individu yang terlibat dalam amalan berbahaya ini.
“Pendirian yang diambil oleh kerajaan adalah penting, kerana ia boleh mewujudkan kesan berantai, membentuk persepsi badan awam dan agama terhadap hak asasi manusia golongan minoriti seksual dan jantina,” kata kajian itu dipetik Malaysiakinimenerusi satu kertas kerja yang diterbitkan dalam jurnal yang dikaji rakan sebaya, Culture, Health & Sexuality pada bulan lalu.
Penyelidik terbabit dari Universiti Waikato di New Zealand, Universiti Hong Kong, Universiti Sunway, Universiti Malaya, perunding data Mencakna, dan NGO Justice for Sisters.
Difahamkan, Justice for Sisters adalah sebuah kumpulan hak asasi manusia yang berusaha untuk perlindungan, promosi dan pemenuhan hak asasi manusia yang bermakna bagi individu lesbian, gay, biseksual, transgender, interseks, queer (LGBTIQ+) dan berbeza jantina di Malaysia.
Kajian itu dijalankan menerusi tinjauan dalam talian dalam bahasa Melayu dan Inggeris dari 1 Oktober hingga 16 Disember 2023 di mana peserta diarah ke laman web projek yang menganjurkan tinjauan melalui kaedah seperti siaran media sosial dan mulut ke mulut melalui kumpulan komuniti LGBT+, kaedah yang biasa digunakan untuk mengkaji kumpulan kecil dan terpinggir tetapi tidak direka untuk mendapatkan sampel yang mewakili negara daripada peserta.
521 orang berumur antara 18 dan 61 tahun menyelesaikan tinjauan itu, lebih dua pertiga daripada mereka tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor.
Responden melaporkan percubaan untuk menukar identiti seksual atau jantina mereka paling kerap dilakukan ahli keluarga terdekat mereka, diikuti ahli keluarga besar, rakan dan kumpulan agama atau pemimpin agama. Sebilangan kecil juga melaporkan usaha oleh profesional kesihatan mental atau perubatan.
Secara keseluruhan, 63.9 peratus peserta menghadapi usaha mengubah identiti mereka, dengan 24.4 peratus mengalaminya dalam 12 bulan lalu dan 15.7 peratus melaporkan mengalami usaha berkenaan semasa mereka melengkapkan tinjauan.
Mereka yang mengalami usaha perubahan adalah kira-kira dua kali lebih cenderung untuk mencuba bunuh diri atau berfikir membunuh diri, berbanding mereka yang tidak mengalami usaha itu.
Dalam kalangan mereka yang mengalami usaha perubahan baru-baru ini (iaitu 12 bulan sebelum tinjauan), penyelidik juga mendapati peningkatan risiko kemurungan dan pandangan yang suram terhadap masa depan mereka.
Ramai juga menulis tentang kemerosotan kesihatan mental mereka dan fikiran bunuh diri apabila ditanya tentang kesan terbuka mengenai usaha perubahan yang mereka alami, serta perasaan terasing (21 responden), keraguan diri (39), dan takut dinafikan (29).
Beberapa responden (16) melaporkan menjadi marah terhadap agama mereka sendiri atau kumpulan agama selepas menghadapi usaha untuk mengubah mereka, menyebabkan mereka menjauhi agama.
Sementara, 20 responden berkata usaha perubahan itu tidak memberi sebarang impak kepada mereka, dan 35 responden menulis tentang bagaimana mereka bertindak balas dengan strategi mengatasi atau bahkan penentangan.
Menerangkan cara kajian mereka direka, para penyelidik mengingatkan bahawa jawapan responden kepada soalan terbuka tidak boleh dianggap sebagai mewakili pengalaman semua individu LGBT+ yang telah menjalani usaha perubahan.
“Peserta mungkin menggambarkan kesan pertama yang terlintas di fikiran mereka dan mungkin tidak memikirkan secara menyeluruh semua akibat yang berpotensi,” tulis mereka. — The Merdeka Times
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment