NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mana kenaikan elaun ‘on-call’ kami, soal doktor




PETALING JAYA
Bahagian doktor kerajaan dalam Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) kecewa dengan Kementerian Kesihatan (KKM) kerana masih ‘mengelak’ daripada melaksanakan kenaikan elaun ‘on-call’ seperti dijanjikan untuk doktor.

Dalam hantaran di Facebook semalam, bahagian pegawai pelatih, pegawai perubatan dan pakar (Schomos) berkata doktor masih menunggu dengan sabar agar elaun mereka dinaikkan seperti yang diumumkan dua kali tahun lalu.

“MMA Schomos masih menunggu elaun ‘on-call’ yang lebih tinggi, yang diumumkan kali kedua dalam Belanjawan 2025 Oktober lalu tanpa sebarang perincian tentang pelaksanaannya.

“Ia mengelirukan dan tidak bertanggungjawab untuk mengumumkan dasar tanpa arahan serta panduan yang jelas, adil dan telus,” kata Schomos, sambil menambah kelewatan pelaksanaan hanya akan menyebabkan lebih ramai doktor meninggalkan perkhidmatan kerajaan.

Pengumuman pertama mengenai kenaikan elaun itu dibuat pada Februari tahun lalu. Ketika itu, Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad menyeru agar bersabar, dengan menyatakan isu tersebut telah dibincangkan dalam Jemaah Menteri dan pengumuman akan dibuat ‘dalam masa terdekat’.

Ketika dihubungi, Pengerusi Schomos, Dr Timothy Cheng berkata pengumuman dalam Belanjawan 2025 sangat kabur tanpa perincian tentang bagaimana dan bila kadar baharu itu akan berkuat kuasa.

“Setahu saya, hospital belum menerima sebarang arahan mengenai perkara ini. Kita sudah masuk minggu kedua tahun baharu. Biasanya, cadangan belanjawan berkuat kuasa serta-merta atau pada 1 Januari tahun berikutnya (melainkan dinyatakan sebaliknya).

“Kami berharap kementerian kesihatan akan melaksanakan kenaikan ini dengan segera untuk menghentikan pegawai perubatan dan pakar daripada meninggalkan perkhidmatan,” katanya kepada FMT.

Ketika membentangkan Belanjawan 2025, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa elaun ‘on-call’ untuk doktor dan doktor gigi dalam kategori tertentu akan dinaikkan antara RM55 hingga RM65.

Ini bermakna kenaikan kira-kira 25% daripada kadar semasa RM200 untuk satu panggilan aktif selama 24 jam pada hari biasa.

Pada hujung minggu dan cuti umum, kadar elaun adalah RM220 setiap panggilan. Bagi panggilan pasif, di mana doktor hanya perlu bersedia di rumah, kadar adalah RM80 pada hari biasa, dan RM85 pada hujung minggu serta cuti umum.

Bayaran tambahan RM50 diberikan untuk hari biasa dan RM55 pada hujung minggu sekiranya doktor dipanggil bekerja lebih daripada empat jam.

Bagi pakar pula, kadar elaun ‘on-call’ adalah RM230 pada hari biasa dan RM250 untuk hujung minggu dan cuti umum.



Sumber | FMT Malaysia









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo