NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Malaysia bakal menjadi negara Sekular, jika DAP dapat kuasa majoriti



  • Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berkata dalam konteks politik tidak dinafikan DAP adalah antara parti politik yang bersikap ekstrem dalam memegang fahaman sekularisme di mana sikap mereka boleh dilihat daripada  pendirian yang diambil apabila berdepan isu-isu Islam. 
  • Contohnya di dalam isu berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan mereka menolak sekeras-kerasnya bukan kerana faktor mazhab tetapi atas alasan bahawa RUU berkenan memberi kuasa mutlak kepada pihak berkuasa agama khususnya mufti sedangkan implikasi akta itu tidaklah sedemikian. 
  • “Jadi dalam konteks ini kita boleh lihat sikap parti-parti seperti DAP yang sentiasa konsisten menentang apa sahaja undang-undang, peraturan dan juga dasar yang cuba untuk memartabatkan perundangan Islam dan juga sistem pentadbiran Islam dan mereka ini seolah-olah tidak mengiktiraf prinsip yang terdapat di dalam Perlembagaan.
  • “Kita sebenarnya khuatir jika kumpulan-kumpulan ini mendapat kuasa yang besar di peringkat Persekutuan dan menguasai majoriti sokongan di Parlimen mereka mungkin akan mengubah Perlembagaan dengan menghilangkan sepenuhnya prinsip atau elemen-elemen Islam yang ada di dalam Perlembagaan supaya menepati selera mereka untuk menjadikan Malaysia ini sebagai sebuah negara yang berpegang sepenuhnya dengan prinsip sekularisme jadi ini merupakan satu ancaman,” katanya kepada The Merdeka Timespada Rabu.

KUALA LUMPUR — Pakar Perlembagaan meluahkan rasa khuatir sekiranya kumpulan seperti parti DAP mendapat kuasa yang besar di peringkat persekutuan dan menguasai sokongan majoriti di Parlimen kerana mereka mungkin akan mengubah Perlembagaan dengan menghilangkan sepenuhnya prinsip atau elemen Islam yang terdapat di dalamnya.

Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berkata kumpulan itu akan mengubah Perlembagaan supaya ‘menepati selera’ mereka yang ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berpegang sepenuhnya kepada prinsip sekularisme.

Menyifatkan situasi itu sebagai satu ancaman, Muhammad Fathi berkata dalam konteks politik tidak dinafikan DAP adalah antara parti politik yang bersikap ekstrem dalam memegang fahaman sekularisme di mana sikap mereka boleh dilihat daripada pendirian yang diambil apabila berdepan isu-isu Islam. 

Contohnya di dalam isu berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti Wilayah Persekutuan mereka menolak sekeras-kerasnya bukan kerana faktor mazhab tetapi atas alasan bahawa RUU berkenan memberi kuasa mutlak kepada pihak berkuasa agama khususnya mufti sedangkan implikasi akta itu tidaklah sedemikian. 

“Jadi dalam konteks ini kita boleh lihat sikap parti-parti seperti DAP yang sentiasa konsisten menentang apa sahaja undang-undang, peraturan dan juga dasar yang cuba untuk memartabatkan perundangan Islam dan juga sistem pentadbiran Islam dan mereka ini seolah-olah tidak mengiktiraf prinsip yang terdapat di dalam Perlembagaan.

“Kita sebenarnya khuatir jika kumpulan-kumpulan ini mendapat kuasa yang besar di peringkat Persekutuan dan menguasai majoriti sokongan di Parlimen mereka mungkin akan mengubah Perlembagaan dengan menghilangkan sepenuhnya prinsip atau elemen-elemen Islam yang ada di dalam Perlembagaan supaya menepati selera mereka untuk menjadikan Malaysia ini sebagai sebuah negara yang berpegang sepenuhnya dengan prinsip sekularisme jadi ini merupakan satu ancaman.

“Dan proses untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat amat-amat penting kerana sikap apologetik ataupun sikap mengambil ringan terhadap ancaman seperti ini sebenarnya boleh menyebabkan kedudukan Islam semakin lemah sedikit demi sedikit,” katanya kepada The Merdeka Times di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Malaysia boleh berjaya sekiranya menjadi sebuah negara sekular daripada sudut keharmonian, pentadbiran kerajaan dan kesejahteraan hidup rakyat.

Ini susulan Gabungan NGO Belia Islam Malaysia pada Disember lalu dilaporkan menolak sekeras-kerasnya semua gerakan sekularisme di Malaysia dan sekutu-sekutu mereka, terutama Sisters In Islam (SIS) dan DAP (ia ketika ini menjadi sebahagian daripada Kerajaan), yang dikatakan secara konsisten ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular.

Berita Harian pada 2 September 2023 melaporkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke sebagai berkata, DAP tidak perlu menggugurkan agenda Negara Sekular dan slogan ‘Malaysian Malaysia’ kerana persefahaman sudah dicapai di antara parti dalam gabungan sebelum terbentuknya Kerajaan Perpaduan.

Anthony Loke berkata sebelum Kerajaan Perpaduan dibentuk, semua parti membuat perjanjian dan bersetuju tidak akan menyentuh prinsip serta perlembagaan parti masing-masing.

Mengulas lanjut, Muhammad Fathi menegaskan jika ada mana-mana pihak berusaha mengubah Malaysia menjadi negara berpegang kepada sekularisme, maka ia merupakan satu usaha yang bertentangan keharmonian negara yang selama ini hidup aman dan tenteram. 

Beliau berkata ini kerana Malaysia adalah sebuah negara yang majoritinya Muslim dan menjadikan Islam sebagai rujukan penting dalam beragama dan identiti Islam itu sangat kukuh dalam kalangan masyarakat Melayu.

Katanya, bahkan definisi Melayu di dalam perlembagaan juga merujuk kepada seseorang yang menganuti agama Islam.

“Jadi dalam konteks ini kita dapat lihat bahawa jika wujud sebarang usaha untuk mengikis peranan Islam di dalam pemerintahan dan juga pentadbiran, maka ia akan menimbulkan pertentangan di kalangan majoriti rakyat iaitu orang-orang Melayu dan juga Islam di Malaysia. 

“Tentunya situasi ini akan mencetuskan ketidakharmonian di dalam masyarakat dan sebab itulah kita melihat bahawa sekularisme ni bertentangan dengan usaha untuk mewujudkan negara harmoni.

“Dan sekiranya mana-mana pihak ingin berusaha untuk mengubah negara kita ni menjadi negara yang pegang pada sekularisme ia merupakan satu usaha yang bertentangan dengan keharmonian negara kita yang selama ini boleh hidup dengan aman dan tenteram,” katanya. — The Merdeka Times








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo