NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lebih 10 syarikat sedia jadi pesaing PUSPAKOM - Anthony Loke




BANGI, 2 Rejab — Menteri Pengangkutan membayangkan 10 syarikat yang memohon untuk menjadi pesaing kepada Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) akan memulakan operasi hujung tahun ini. 

 

Anthony Loke berkata Kementerian Pengangkutan dalam peringkat akhir memuktamadkan permohonan syarikat berkenaan bagi mendapatkan lesen memeriksa kenderaan bermotor, lapor Berita Harian

 

“Ada syarikat baharu yang memohon lesen dan kita sudah proses. Dalam masa terdekat, lesen akan dikeluarkan dan saya akan buat pengumuman berkaitan lesen ini kepada pengendali baharu.

 

“Pengendali baharu ini apabila mendapat lesen, mereka juga perlukan masa untuk membina fasiliti.

 

“Jadi kita harap mungkin dalam hujung tahun ini, kita lihat ada operator baharu dalam pasaran dan dapat memberikan persaingan serta pilihan kepada pengguna,” katanya.

 

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Putrajaya hari ini.

 

Katanya, kerajaan sudah memutuskan untuk tidak lagi memberikan konsesi tunggal kepada PUSPAKOM untuk memeriksa kenderaan bermotor. 

 

“Bezanya ialah mereka tidak boleh lagi monopoli. Sebab dulu diberikan konsesi hanya PUSPAKOM boleh buat pemeriksaan kenderaan, jadi apabila konsesi itu tamat, kita buka untuk permohonan lesen,” katanya. 

 

Sementara itu, mengulas isu kendaraan yang tidak mematuhi piawaian tetapi diluluskan PUSPAKOM, Loke berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

 

Katanya, siasatan kelak akan mengesan sindiket yang menawarkan perkhidmatan tidak sah seperti meluluskan kenderaan yang gagal dalam pemeriksaan PUSPAKOM.

 

“Kita sedang menyediakan laporan pemeriksaan siasatan itu dan memang kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang lebih tegas bersama dengan SPRM.

 

“Memang kita tahu bahawa dalam pasaran ramai yang cakap ada `runner’, ada kartel dan sebagainya supaya kenderaan yang tak lulus pun boleh diluluskan. Jadi kes ini memang akan kita teruskan siasatan,” katanya.



Sumber | TV Pertiwi








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo