BANGI, 10 Rejab — Datuk A Kadir Jasin mempersoalkan kempen solidariti terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang terus diperjuangkan pihak tertentu.
Wartawan veteran itu berkata Najib sudah diberi layanan istimewa apabila tempoh hukuman penjaranya dihimpunkan kepada 12 tahun.
“Di mahkamah pun beliau sudah diberi layanan timbang rasa yang cukup istimewa. Lepas itu diberi pula pengampunan awal.
“Penjara 12 tahun jadi enam tahun dan denda RM210 juta jadi RM50 juta. Hendak bersolidariti apa lagi?” soalnya menerusi coretan di laman Facebook miliknya hari ini.
Beliau mengulas kupasan peguam Shamsuddin Nawawi yang mendakwa Najib didapati bersalah atas tujuh kesalahan dan dihukum penjara 12 tahun kerana salah guna kuasa.
Shamsuddin berkata 10 tahun tiap-tiap satu untuk tiga kesalahan pecah amanah dan 10 tahun tiap-tiap satu untuk tiga kesalahan penggubahan wang haram.
“Denda RM210 juta, gagal bayar lima tahun penjara. Itu ertinya tempoh penjaranya ialah 72 tahun. Tetapi mahkamah perintahkan untuk jalankan serentak 12 tahun sahaja,” katanya.
Kadir berkata hukuman tahanan rumah menimbulkan banyak persoalan terutama mekanisme dan aspek pelaksanaan.
Katanya, turut bermain di fikiran rakyat mengenai parameter dan hak yang akan diberikan kepada banduan.
“Adakah boleh memberikan seorang banduan kebenaran menjalani pemenjaraan di rumah kalau tahanan di rumah tidak ada dalam Perlembagaan?
“Dalam bahasa paling mudah, buat masa ini tidak ada peruntukan undang-undang untuk memerintahkan agar banduan dipenjarakan di rumah.
“Apabila sesuatu tempat diisytiharkan sebagai penjara, ia tentulah dikawal oleh pengawal penjara. Bukan oleh isteri yang garang atau pengawal keselamatan dari Nepal,” katanya.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment