NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Konon contohi pimpinan Umar Al-Khattab, tapi bertegas ingin arak dijual bebas di kawasan majoriti Muslim




BANGI, 27 Rejab — PAS menggesa Nga Kor Ming tidak menjadikan Saidina Umar Al-Khattab sebagai ikutan jika mahu menggalakkan penjualan arak di Malaysia. 

 

Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata pemimpin diktator Joseph Stalin lebih wajar dijadikan ikutan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu. 

 

“Jika menteri tidak faham tentang hasrat polisi mengehadkan jualan arak di tempat majoriti Muslim, lebih baik diam. 

 

“Kalau mahu pro kepada penjualan arak di lokasi majoriti Muslim, tidak perlulah umum mahu contohi Khalifah Umar Al-Khattab, sama sekali tidak sesuai.

 

“Menteri lebih sesuai isytiharkan Joseph Stalin sebagai idola. Stalin memang dikenali sebagai pemimpin diktator yang diketahui menggalakkan rakyatnya minum arak,” katanya. 

 

Beliau berkata demikian menerusi coretan di laman Facebook miliknya semalam mengulas bantahan Nga terhadap sekatan penjualan arak di kawasan majoriti Muslim. 

 

Nga semalam menggesa dasar penjualan minuman keras sedia ada di premis perniagaan majoriti penduduk beragama Islam dikekalkan. 

 

Katanya, ketetapan itu bagi menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum selain mengelak dijadikan sentimen politik.

 

Ahmad Fadhli berkata Nga wajar mengangkat Stalin sebagai idola kerana pemimpin diktator itu cukup dikenali mempromosikan arak. 

 

“Dia dikatakan mempromosikan Vodka sebagai simbol nasional dan sumber pendapatan negara melalui cukai alkohol.

 

“Stalin juga salah seorang pemimpin Parti Komunis Kesatuan Soviet,” katanya. 


Sumber | TV Pertiwi






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo