BANGI, 6 Rejab — Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mengingatkan Tan Sri Lim Kit Siang bahawa kesabaran orang Melayu ada hadnya.
Ketua Penerangannya, Irwan Fahmi Ideris berkata gesaan pemimpin veteran DAP itu agar tidak melupakan Impian Malaysia sengaja mencetuskan kontroversi.
“PERKASA ingin ingatkan kepada Kit Siang dan DAP bahawa hingga hari ini, orang Melayu masih lagi boleh bersabar dan kesabaran orang Melayu juga ada batasannya.
“PERKASA mahu nasihatkan Kit Siang sebagai veteran politik, beliau harus membantu negara ke arah lebih maju dan bukan dengan propaganda yang akan mencetuskan keresahan rakyat Malaysia di dalam negara Ini.
“Apakah DAP ini adalah sebuah parti yang tidak menghormati kaum majoriti di dalam negara ini?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Kit Siang yang disiarkan sebuah portal semalam tentang Impian Malaysia untuk mewujudkan sebuah negara yang lebih adil, saksama dan bersatu-padu.
Kit Siang menggambarkan Impian Malaysia sebagai visi sebuah masyarakat majmuk di mana semua warganegara tanpa mengira perbezaan etnik, agama, budaya atau bahasa bersatu sebagai satu bangsa.
Irwan Fahmi berkata Kit Siang perlu sedar bahawa gelaran Tan Sri yang digunakannya kini adalah kurniaan daripada Raja-Raja Melayu.
“Jadi jangan cuba cetuskan provokasi di antara kaum yang selama ini hidup aman dan damai. Apakah selama negara mengecapi kemerdekaan tiada perpaduan kaum di Malaysia?
“Kit Siang perlu ingat DAP membawa ideologi perjuangan hak sama-rata yang akan merugikan orang Melayu dan Islam di negara ini,” katanya.
Sehubungan itu, Irwan Fahmi berkata Kit Siang wajar memberi penjelasan Impian Malaysia yang selama ini cuba dipromosikan.
Katanya, penjelasan itu penting sama ada impian berkenaan cuba menggugat kuasa politik Melayu yang sudah lama bertapak di Malaysia.
“PERKASA ingin bertanya kepada Kit Siang apakah impian Malaysia yang sebenarnya?
“Adakah Kit Siang ingin melihat seorang Perdana Menteri datang daripada kalangan orang bukan Melayu?
“Atau pun mahu melihat hak kesamarataan di antara kaum di Malaysia?” soalnya.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment