NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

King Sing arah video TMM 2026 disusun ikut tarikan negeri




BANGI, 9 Rejab — Datuk Seri Tiong King Sing mengarahkan video promosi Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 dibuat semula mengikut tarikan setiap negeri.

 

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu berkata video yang dipaparkan sebelum ini tidak sesuai bagi menarik pelancong ke Malaysia, lapor Buletin TV3. 

 

“Saya sudah lihat video promosi berkenaan sebab ia terlompat-lompat. Sekejap Pahang, sekejap Perak, sekejap Selangor, sekejap Sabah, sekejap balik lagi Pahang. Lompat sini, lompat sana.

 

“Kalau Pahang terus promosi Pahang. Jangan lompat sini, lompat sana. Kalau kita buat sebegitu, nanti pelancong di luar negara keliru. 

 

“Jadi kita mahu promosi itu serius,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

 

Beliau sebelum ini mendakwa imej masjid akan ditambah ke dalam video penuh TMM 2026 selepas ia mendapat kecaman ramai. 

 

Video yang tular di media sosial itu menunjukkan tiada imej masjid sedangkan rumah ibadat bukan Islam dimuatkan dalam klip 41 saat itu. 

 

Sehubungan itu, King Sing menggesa semua pihak berhenti mempolitikkan isu tersebut yang akan memberi tekanan kepada masyarakat. 

 

“Jangan politikkan semua perkara. Ia akan mengelirukan dan beri tekanan kepada masyarakat kita.

 

“Jangan buat sebegitu sama ada media atau daripada media sosial atau pun mana-mana pihak,” katanya.



Sumber | TV Pertiwi







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo