BANGI, Rabu – Kerajaan sedang menyelaraskan usaha untuk menghantar pulang warga Palestin yang dibawa ke Malaysia bagi menjalani rawatan perubatan.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu sedang diselaraskan oleh Kementerian Luar dan Kementerian Pertahanan.
“Koordinasi sedang dilakukan oleh Kementerian Luar dan juga Kementerian Pertahanan untuk berhubung dengan kerajaan Mesir untuk mengusahakan penghantaran pulang warga Palestin.
“Tetapi proses ini sedang berjalan dan pada masa sama, segala perkhidmatan perubatan yang diberi akan terus disediakan,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.
Mengulas lanjut, Fahmi berkata, perbincangan berhubung usaha itu akan diteruskan sama ada warga Palestin terbabit akan dihantar melalui Mesir atau negara lain akan dimaklumkan kemudian.
Pada 4 Januari lalu, berlaku kekecohan melibatkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur.
Menurut kenyataan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kekecohan itu dipercayai berpunca daripada keinginan warga Palestin yang mahukan permohonan mereka untuk kembali ke Palestin dipercepatkan.
Kekecohan itu berakhir apabila warga Palestin bersurai kira-kira jam 7.30 petang hari sama.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment