BANGI, Isnin – ARMADA BERSATU mendesak supaya semua individu yang menyembunyikan Titah Adendum berhubung kes Datuk Seri Najib Razak diheret ke muka keadilan demi mempertahankan kemuliaan institutsi Raja-Raja Melayu.
Ketua Armada BERSATU, Muhammad Hilman Idham berkata, surat yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang bertarikh 4 Januari lalu membuktikan terdapat ‘pengkhianat’ yang menyembunyikan Titah Adendum tersebut.
“Maka telah terbukti bahawa ada ‘pengkhianat’ yang telah menyembunyikan Titah Adendum bertarikh 29 Januari 2024.
“Justeru, ARMADA BERSATU ingin mencadangkan dan menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan semua sayap pemuda parti politik bagi memastikan semua pengkhianat ini segera disiasat dan diheret ke muka keadilan demi mempertahankan kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, ARMADA BERSATU menegaskan setiap warganegara mempunyai hak yang sama sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, semua banduan yang dihukum boleh memohon pengampunan atau pengurangan hukuman untuk dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong menurut Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.
Terdahulu, di Mahkamah Rayuan, surat daripada Majlis Kesultanan Pahang itu didedahkan oleh Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mana ia mengesahkan kesahihan Titah Adendum berkenaan.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment