BANGI, Khamis – Kematian empat individu ketika konsert ambang tahun baharu Pinkfish Countdown 2024 di Bandar Sunway, Subang Jaya berlaku di luar premis konsert berkenaan, kata pihak penganjur.
Dalam kenyataan hari ini, pengurusan Pinkfish berkata, pihak itu akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan yang sedang dijalankan.
“Kami amat sedih dengan insiden tragik pada Pinkfish Countdown 2024 yang mengakibatkan empat nyawa terkorban.
“Sebagai penganjur, kami akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi memastikan siasatan penuh insiden itu dapat dijalankan dan mengambil maklum pengesahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa kematian itu berlaku di luar premis konsert,” katanya.
Mengulas lanjut, pengurusan Pinkfish berkata, keselamatan pengunjung, kakitangan serta komuniti setempat sentiasa menjadi keutamaan pihaknya.
Ujarnya lagi, pihaknya akan bekerjasama rapat dengan agensi terlibat bagi menghulurkan bantuan kepada mereka yang terjejas termasuk keluarga mangsa.
“Sementara menunggu hasil laporan penuh, kami memberi jaminan bahawa setiap langkah sewajarnya telah diambil bagi memastikan keselamatan ketika program berlangsung termasuk Pinkfish Countdown 2024.
“Langkah-langkah ini termasuk kehadiran 100 pegawai polis, kakitangan sekuriti terlatih dan unit K9 di semua pintu masuk,” tambahnya.
Polis Selangor semalam mengesahkan kematian empat individu pada konsert ambang tahun baharu Pinkfish yang mana kematian semua mangsa setakat ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Namun begitu, siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau unsur keracunan melibatkan semua mangsa.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment