- Pakar Psikiatri yang mempunyai pengalaman klinikal selama 20 tahun dalam bidang psikiatri dan merawat individu homoseksual menyifatkan individu daripada kumpulan LGBTQ lebih cenderung mengalami kemurungan.
- Profesor Dr Ramli Musa berkata kemurungan membabitkan kelompok itu berlaku kerana beberapa perkara, tapi kebanyakannya disebabkan kesan mengikuti naluri homoseksual mereka.
- “Beberapa kes kemurungan yang berpanjangan kerana dijangkiti HIV, sifilis dan penyakit kelamin lain. Individu ini akan menyesal hampir seumur hidup mengalami jangkitan HIV dan komplikasi sifilis yang ketara.
- “Mereka mengamalkan hubungan seks anal sememangnya disahkan banyak kajian lalu bahawa, seks anal lebih mudah dijangkiti kuman. Virus dan kuman lebih mudah melalui dinding dubur berbanding dinding vagina,” katanya kepada The Merdeka Times di sini semalam.
KUALA LUMPUR — Pakar Psikiatri yang mempunyai pengalaman klinikal selama 20 tahun dalam bidang psikiatri dan merawat individu homoseksual menyifatkan individu daripada kumpulan LGBTQ lebih cenderung mengalami kemurungan.
Profesor Dr Ramli Musa berkata kemurungan membabitkan kelompok itu berlaku kerana beberapa perkara, tapi kebanyakannya disebabkan kesan mengikuti naluri homoseksual mereka.
“Beberapa kes kemurungan yang berpanjangan kerana dijangkiti HIV, sifilis dan penyakit kelamin lain. Individu ini akan menyesal hampir seumur hidup mengalami jangkitan HIV dan komplikasi sifilis yang ketara.
“Mereka mengamalkan hubungan seks anal sememangnya disahkan banyak kajian lalu bahawa, seks anal lebih mudah dijangkiti kuman. Virus dan kuman lebih mudah melalui dinding dubur berbanding dinding vagina,” katanya kepada The Merdeka Times di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas artikel diterbitkan Malaysiakini berkenaan satu kajian dijalankan di Malaysia mengaitkan usaha “mengubah” individu lesbian, gay, biseksual, transgender dan lain-lain (LGBT+) memberi kesan kepada kesihatan mental bagi mereka yang dipaksa mematuhi norma sosial.
Artikel itu melaporkan kerajaan digesa mengharamkan usaha berkenaan selepas mendapati individu yang mengalami percubaan sedemikian lebih berkemungkinan mengalami kemurungan, mencederakan diri, terfikir untuk membunuh diri atau cuba membunuh diri sendiri.
Mengulas lanjut, Dr Ramli berkata ada di antara kelompok songsang itu yang telah melakukan pembedahan pertukaran organ seks, rawatan hormon, pembedahan atau implan membesar buah dada akan sengsara dan murung kerana mereka berisiko mengalami kanser payu dara, komplikasi perubatan hormon dan sebagainya.
Beliau berkata dalam hal ini kesan jangka masa panjang secara tidak langsungnya adalah seperti perkahwinan sejenis, atau hubungan sesama jantina, namun ia tidak membawa ke mana.
Sebaliknya, kelompok itu kelak akan berdepan masalah kesunyian tiada anak dan keluarga, malah mereka juga terdedah kepada kekosongan emosi dan kemurungan apabila disisihkan keluarga dan masyarakat.
“Jadi tidak benar dengan membiar atau melayani kehendak homoseksual mereka akan menyebabkan masalah mental di kalangan mereka.
“Membenarkan gejala songsang ini hanya memberi kegembiraan pada jangka masa singkat sahaja, tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang dan kesan kepada pembangunan ummah pada masa akan datang,” katanya.
Dr Ramli bagaimanapun menasihatkan para perawat seperti pakar psikiatri, pakar psikologi, kaunselor dan masyarakat supaya tidak menyisihkan atau mengeji kelompok itu secara kasar kerana mereka juga adakala tidak mahu naluri semula jadi tersebut.
Justeru, beliau meminta perawat dan masyarakat membimbing dan membantu kelompok itu ke arah pemulihan.
Namun pada masa sama, katanya, kerajaan tidak boleh berkompromi pada tindakan yang menyalahi undang-undang Malaysia.— The Merdeka Times
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment