KUALA LUMPUR – Kehadiran Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) dalam Himpunan Solidariti kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya untuk mempertahankan kedaulatan undang-undang bukan menyokong mana-mana individu.
Ketuanya, Balasubramaniam Nachiappan berkata, keadilan sepatutnya ditegakkan tanpa sebarang dikriminasi dan campur tangan politik.
“Saya ingin menegaskan bahawa Pas tidak pernah menunggang mana-mana pemimpin demi keuntungan politik. Kami juga bimbang mengenai pendedahan adendum oleh Istana Pahang yang menimbulkan persoalan besar terhadap integriti pentadbiran kerajaan kini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut menuntut penjelasan yang lebih telus mengenai perkara itu agar kepercayaan rakyat terhadap kerajaan dapat dipulihkan.
“Rakyat berhak mengetahui kebenaran dan menolak sebarang usaha menyembunyikan fakta yang boleh merosakkan asas demokrasi negara.
“Selain itu, sistem kehakiman juga perlu diberikan ruang untuk berfungsi secara bebas, telus dan adil tanpa sebarang tekanan politik,” tambahnya.
Balasubramaniam dalam kenyataannya turut menegaskan segala keputusan berkaitan isu yang sama perlu berlandaskan prinsip keadilan tanpa sebarang prejudis.
Pihaknya akan terus memperjuangkan nilai-nilai keadilan, ketelusan dan demokrasi demi kesejahteraan rakyat dan negara. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment