NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kalah saman fitnah: Hannah tak wajar ‘guna’ polis untuk senyapkan pengkritik




BANGI, Khamis – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tidak wajar menggunakan polis untuk melindungi reputasinya selepas gagal dalam kes saman fitnah terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan baru-baru ini.

 

Terdahulu, Timbalan Pengerusi Biro Perundangan dan Perlembagaan Bersatu, Sasha Lyna Abdul Latif berkata, kenyataan yang dibuat Hannah bahawa kes saman fitnah itu belum selesai adalah salah memandangkan Ahli Parlimen DAP itu telah memfailkan rayuan.

 

Katanya, keputusan kehakiman Mahkamah Tinggi adalah sah, terikat dan boleh dikuat kuasakan sehingga ia diketepikan apabila terdapat rayuan.

 

“Keputusan Mahkamah Tinggi telah diputuskan selepas tempoh perbicaraan yang panjang, bermakna ia telah melalui proses semakan dan semakan balas oleh saksi, bukti dokumentasi dan penyerahan oleh kedua-dua wakil guaman. 

 

“Hannah perlu faham bahawa ini bukan keputusan interim atau sementara. Kegagalan beliau untuk menerima hakikat ini adalah mengejutkan memandangkan Hannah juga seorang yang berlatarbelakang bidang undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Menurut Sasha, wakil rakyat DAP itu tidak mempunyai asas untuk menuduh pengkritiknya mengeluarkan kenyataan berunsur menghasut apabila berdepan dengan persoalan masyarakat umum berkaitan pembabitannya dalam gerakan ‘evangelisme’.

 

Katanya, menurut Akta Hasutan 1948, mengkritik menteri kerajaan tidak termasuk di bawah peruntukkan undang-undang berkenaan.

 

“Sekiranya Hannah tidak berpuas hati terhadap kritikan yang diterima, beliau boleh memfailkan saman fitnah atau membalas kritikan terbabit dengan mengeluarkan kenyataan secara terbuka,.

 

“Ini jelas membuktikan sikap hipokrit menteri Paktan Harapan (PH). Ketika menjadi pembangkang, mereka secara lantang protes tindakan menteri Barisan Nasional (BN) yang menggunakan polis untuk senyapkan pengkritik mereka,” ujarnya.

 

Mengulas lanjut, Sasha mengingatkan Hannah bahawa seorang wakil rakyat dan menteri dalam kerajaan seharusnya terbuka menerima persoalan dan kritikan daripada masyarakat umum, meskipun ia agak kasar dan berkemungkinan tidak benar.

 

Ujarnya, tindakan pemimpin meneruskan budaya membuat laporan polis bagi menghalang pengkritik adalah satu perkembangan yang kurang sihat untuk negara ini.

 

“Bukankah ini demokrasi yang diperjuangkan PH serta DAP ketika turun ke jalan semasa menjadi pembangkang?

 

“Kami menggesa Hannah henti menggunakan polis untuk senyapkan pengkritik. Rakyat mempunyai hak untuk menyuarakan kebimbangan dan rasa tidak puas hati terhadap pemimpin tanpa perlu ada rasa takut akan dipanggil disoal siasat oleh polis,” katanya lagi.


Sumber | TV Pertiwi









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo