NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jika DAP ‘dizalimi’ pun PAS akan bela

Ahmad Fadhli Shaari berkata PAS juga pernah bersama Anwar Ibrahim ketika dipecat daripada kerajaan suatu ketika dulu dan Dr Mahathir Mohamad semasa beliau di luar kerajaan.




PUTRAJAYA
PAS akan membela rakyat Malaysia yang haknya ‘dizalimi’, sekalipun melibatkan pemimpin DAP Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang, kata Ketua Penerangan Ahmad Fadhli Shaari.

Justeru, beliau berkata tindakan mereka turun bersolidariti bersama Najib Razak tidak wajar dipersoalkan, lebih-lebih lagi bekas perdana menteri banyak berjasa kepada negara.

Malah katanya, PAS juga pernah bersama Anwar Ibrahim ketika dipecat daripada kerajaan suatu ketika dulu.

“Apatah lagi Najib, bekas perdana menteri yang banyak berjasa kepada negara. Mengikut penilaian kami, beliau sepatutnya diberikan haknya berhubung titah adendum yang memberikan tahanan rumah.

“Kita sejak dulu sentiasa bersama mereka yang ‘dizalimi’. Soal takut tidak ada dalam kamus perjuangan kami.

“Ketika Anwar Ibrahim dipecat juga kita bersama beliau. Kita juga bersama Dr Mahathir Mohamad ketika beliau di luar kerajaan. Begitu juga dengan hari ini, bersolidariti untuk Najib dalam membela keadilan,” kata Ahli Parlimen Pasir Mas ketika ditemui di pekarangan Istana Kehakiman.

Terdahulu, dilaporkan lebih 3,000 penyokong Najib berkumpul di luar Istana Kehakiman bagi menyatakan solidariti terhadapnya dalam prosiding di Mahkamah Rayuan berkait titah adendum.

Penyokong termasuk daripada PAS, Bersatu, Umno, and NGO hadir seawal 6.30 pagi membawa sepanduk seperti ‘Justice4Najib’ dan ‘BebasNajib’.

Ahli Parlimen Arau daripada Perikatan Nasional (PN) Shahidan Kassim yang membawa rombongan penyatuan ummah turut hadir ke himpunan itu.

“Saya datang nak dengar keputusan titah adendum, ini bukan soal Najib layak atau tidak layak. Kalau benar wujud titah adendum, laksanakanlah,” katanya.

Manakala, Ketua Bahagian Umno Sungai Besar, Jamal Md Yunos, pula berkata jika benar titah adendum wujud, kerajaan perlu bertanggungjawab.

“Bagaimanapun, kita serahkan kepada mahkamah untuk memutuskannya,” katanya.



Sumber | FMT Malaysia 











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo