BANGI, Isnin – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan sandwic ‘Ham dan Cheese’ yang tular di media sosial hari ini, tidak mengandungi Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
Terdahulu, JAKIM berkata, pihaknya telah melaksanakan pemeriksaan di lapangan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada 10 Januari lepas.
“Hasil pemeriksaaan mendapati bahawa produk berkenaan tidak mempunyai SPHM dan syarikat yang menghasilkan produk tersebut bukan pemegang SPHM,” katanya dalam hantaran di Facebook JAKIM hari ini.
Justeru, JAKIM berkata, tindakan pihak syarikat mencetak logo halal Malaysia pada label produk berkenaan adalah satu kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 iaitu Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dab tindakan undang-undang telah diambil KPDN.
“Pengguna dinasihatkan supaya sentiasa menyemak status halal seseuatu produk melalui Portal Halal Malaysia atau aplikasi Verify halal.
“Pastikan produk tersebut telah dipersijilkan halal oleh pihak yang berautoriti,” tambahnya.
Pagi tadi, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa polis dan pihak berkaitan menyiasat dan mengambil tindakan susulan penemuan produk makanan ‘ham dan cheese’ yang dijual di kedai serbaneka KK Mart, memaparkan logo halal pada bungkusan makanan tersebut.
Perkara itu didedahkan selepas sekumpulan mahasiswa membuat laporan palis pada 10 Januari lepas.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment