Beliau berkata, video montaj yang dikritik selepas tidak mempamerkan elemen masjid sebelum ini hanyalah video pelancaran ringkas dan pendek dengan durasi 41 saat.
“Malaysia mempunyai pelbagai keindahan dan keunikan di negara ini, termasuk seni bina masjid yang memukau.
“Untuk itu, elemen-elemen tersebut akan dimasukkan dalam video promosi yang lebih terperinci serta memaparkan setiap elemen dengan lebih khusus, di mana video ini dalam proses peringkat akhir dan akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, beberapa pemimpin pembangkang meminta Kementerian Pelancongan, Seni, dan Budaya (Motac) menarik balik video montaj TMM 2026 kerana didakwa cuai tidak mempamerkan elemen masjid, selepas memuatkan paparan rumah ibadat seperti gereja dan kuil.
Exco Pemuda Bersatu Ad Adib Shaharuddin, berkata perlu ada kandungan video lebih seimbang dan tidak meminggirkan majoriti penduduk negara beragama Islam.
Manakala, Ketua Penerangan Pemuda PAS, Khairul Nadzir Helmi Azhar, menyeru kementerian memberi penjelasan berkenaan isu tersebut dan mengambil tindakan segera.
Mengulas lanjut, Tiong menjelaskan tujuan utama video montaj pelancaran Kempen TMM 2026 adalah untuk mempromosikan pelancongan, keindahan seni, budaya, dan produk pelancongan Malaysia secara keseluruhan.
Katanya, ini meliputi perpaduan, perkembangan ekonomi serta hala tuju negara ke hadapan dan bukannya mengenai agama atau perkauman.
“Fokus utama kami adalah untuk menampilkan keunikan Malaysia secara inklusif dan saya berharap semua pihak memahami video pelancaran seperti ini sememangnya tidak boleh terlalu panjang atau terperinci.”
“Mana-mana elemen menonjolkan seni, budaya, dan daya tarikan pelancongan Malaysia secara menyeluruh akan disertakan dalam video tersebut seperti silat, tarian ngajat, dan tarian Sumazau yang melambangkan keindahan budaya dan semangat perpaduan negara,” katanya.
Tiong turut menyuarakan rasa kesal dengan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab dalam memanipulasi isu itu sebagai sentimen agama dan perkauman, serta menjadikannya bahan perpecahan.
Beliau menyeru semua pihak, tanpa mengira bangsa, agama atau latar belakang agar tidak mempolitikkan isu itu atau menjadikannya sebagai isu agama atau perkauman.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment