- Rejim Israel mempergiatkan serangan propagandanya dengan memperuntukkan dana yang belum pernah berlaku sebelum ini untuk membentuk pendapat umum global ekoran perang genosidnya (pembunuhan beramai-ramai) ke atas warga Palestin di Gaza.
- Press TV melaporkan belanjawan tahunan Kementerian Luar Israel untuk apa yang dipanggil “diplomasi awam” atau Hasbara telah melonjak kepada $150 juta pada 2025, menandakan peningkatan 20 kali ganda berbanding tahun sebelumnya.
- Langkah itu dikatakan bertujuan untuk ‘memutihkan’ jenayah perang rejim apartheid di Gaza dan membaiki imej antarabangsanya yang terjejas, ketika kecaman global semakin meningkat atas kempen genosid berterusan.
- Peruntukan dana yang banyak itu bertujuan memperkukuhkan propaganda pro-zionis, ketika pendapat umum global berpaling secara mendadak terhadap rejim Tel Aviv kerana perang pemusnahannya di Gaza.
Rejim Israel mempergiatkan serangan propagandanya dengan memperuntukkan dana yang belum pernah berlaku sebelum ini untuk membentuk pendapat umum global ekoran perang genosidnya (pembunuhan beramai-ramai) ke atas warga Palestin di Gaza.
Press TV melaporkan belanjawan tahunan Kementerian Luar Israel untuk apa yang dipanggil “diplomasi awam” atau Hasbara telah melonjak kepada $150 juta pada 2025, menandakan peningkatan 20 kali ganda berbanding tahun sebelumnya.
Langkah itu dikatakan bertujuan untuk ‘memutihkan’ jenayah perang rejim apartheid di Gaza dan membaiki imej antarabangsanya yang terjejas, ketika kecaman global semakin meningkat atas kempen genosid berterusan.
Peruntukan dana yang banyak itu bertujuan memperkukuhkan propaganda pro-zionis, ketika pendapat umum global berpaling secara mendadak terhadap rejim Tel Aviv kerana perang pemusnahannya di Gaza.
Sejak pelancaran perang pada 7 Oktober 2023, Israel telah melepaskan 88,000 tan bahan letupan ke atas wilayah kecil yang dikepung itu.
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, perang itu telah membunuh hampir 46,000 orang dan mencederakan sekitar 109,000 dalam tempoh 15 bulan lalu. Antara yang mati syahid adalah lebih 17,800 kanak-kanak dan 12,300 wanita.
Kementerian itu mendokumentasikan lebih 9,000 pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin dalam tempoh ini dengan berpuluh-puluh ribu orang kehilangan tempat tinggal dan banyak lagi bergelut dengan kelaparan.
Di bawah belanjawan baharu diumumkan awal minggu ini, Kementerian Luar Israel dijangka menerima dana besar-besaran “diplomasi awam”, usaha terkutuk rejim zionis untuk mencuci kekejaman dan kezaliman di Gaza. – The Merdeka Times
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment